Sila klik ye...thanks

Monday, June 28, 2010

Ahad semalam...

Semalam adalah hari yang memboringkan di awal pagi...

Apa tak nya, en.Uddin off day, tapi dia g gotong royong kat surau...lepas tu bleh pulak g tahlil kat umah jiran.....rasanya jarang orang buat tahlil tengahari kan? xpe la maybe dia nak buat kelainan...x kisah kot time bila2 pun kan?

Yang aku ni pulak (mengikut penggunaan yang dalam bahasa melayu, perkataan 'yang' tidak sepatutnya dimulakan diawal ayat k...so jangan tiru macam saya)...ok dah menyimpang...sakit pala sebab x kuar umah...kalau ada sesapa yang pernah baca entry dulu2 mesti tau, aku x leh dok diam kat umah lebih dari 1 hari 1 malam...rasa nak muntah pun ada...

Kang kalau kuar sendiri, derhaka la pulak kan...dalam kul 3 camtu en.uddin balik dengan sengih2...sebab dia tau, wife dia dah menggelupur ke'boring'an...aku biasa la, baring2 depan tv dengan muka kesian...

akhirnya dia mengalah, lepas Sue balik dari umah kitorang, dia ajak g Jusco Taman Equine...yelah kan...wife dia dah bersiap, kalau x kuar ada la merajuk plak kan...emm, Sue datang saje je, dia nak balik Putrajaya so singgah ler umah aku jap sambil menyampaikan sesuatu...sesuatu itu sangatlah aku hargai sue...

dalam kul 8 camtu, masa jalan2 kat jusco, aku terserempak dengan sepasang couple, macam kenal je dari jauh...rupanya Sue n Bob...dah 7 tahun aku kawan dengan diorang ni...tapi tu la, sejak dah keje ni kitorang jarang dapat lepak sesama...bz keje memasing...

Actually tujuan ke Jusco adalah untuk beli maternity pants & blouse....pinggang aku dari size 23 dah jadik 28....terkejut ada, sedih ada, happy pun ada... ;p tapi orang tu pun shopping jugak...

itulah cerita ahad aku...

Saturday, June 26, 2010

Touch & go

Minggu lepas aku rasa macam minggu yang agak pelik bagi aku....

benda ni jadi kat diri aku sendiri & membuatkan aku bengang kat diri sendiri...

adakah fikiran orang preggy akan akan menjadi kurang fokus atau dalam ertikata lain bercelaru?

atau memang aku je yang macam ni? terasa macam ntah apa2 yang aku buat...

masa nak balik petang semalam aku swipe parking card kat pintu office...swipe beberapa kali, pintu x buka, patut ler kan, dah memang salah swipe....aduuuui...

pagi tadi nak masuk parking touch id card...ish...casing pun lain, camna la aku bleh x perasaan...

paling memalukan, isi minyak kat Shell tapi bagi kad mesra...argh...rasa nak tutup je muka ni pakai topeng ultraman...

Bee...bee...apsal ler jadi camni...

Friday, June 25, 2010

Luahan puan kecik yang stress

hujan yang turun lebat gila sangat merisaukan.....

sebab nanti jalan akan jammed melampau....

ramai driver yang x sabar nak potong queue....

itu kisah kat jalan raya time jammed.............

***************************************

pulaknye...aku ada meeting kul5pm....x tau abis kul berapa..."your opinion u can keep for urself, but we have a solution for that matter"...tu yang aku malas g meeting...tapi lepas mengomel panjang sibuk tanya opinion orang....setakat nak dengar ko berceloteh baik aku dengar mp3...

banyak benda yang memerlukan Datin sign, tapi dia x masuk pulak hari ni....

lepas tu nanti orang yang x kena mengena akan complain kata department aku buat keja slow...

selidik ke dulu nape slow? staff ade berapa orang?

ada 2 orang je sejak bulan lepas...sekarang dah hampir 2 minggu aku sorang...

aku dkurniakan 2 tangan & kaki...bezanya aku ada pengalaman lebih skit, so sebab tu orang amik kesempatan suruh aku buat macam2 keja yang aku tau walaupun diorang tau buat, tapi diorang perasan boss so keja tu di forwardkan kepada aku...

saya mungkin x layak mendapat best female staff award...tapi saya buat keja saya on time...saya x xde geng2 gossip d ofis...pegi makan jarang berteman, selalu sorang je...

saya balik lambat untuk siapkan report yang urgent walaupun saya dah janji dengan husband saya untuk dinner d luar...tapi...saya tetap kene amuk sebab mereka mahu semua keja siap walaupun bukan sepatutnya duty saya & lebih menyedihkan saya x tau apa2 pasal kes itu...tapi saya cuba juga buat...biasa la kan...kebaikan kita, orang susah nak nampak...tapi kalau ada slack skit...uish...kalau bleh 1 Puchong nak di hebahkan...tu la orang kat ofis aku ni...termasuk pemangku boss tu...perasan CEO...

saya x tahu, sampai bila saya bleh bertahan...kalau la dapat baby then dapat keja lain...best gak tu kan? adakah aku juga akan jadi macam beberapa orang yang masih keja d cni?

pemangku boss itu tahu saya x suka dia...& dia suka cari gaduh dengan saya, suka suruh saya buat keja dia dengan menggunakan nama boss saya time boss saya x ada....

kat sini ramai yang nak berenti, tapi gaji kasi up skit terus x jadi...tapiii gaji saya x naik walau keja hampir pengsan walau mc 2 hari tetap datang untuk siapkan keja yang katanya urgent...yelah...semuanya urgent belaka, xde yang x urgent...

bila kita ada x dihargai, bila orang dah berenti baru sebok nak pujuk itu la ini la....heih...x baik mengeluh...tapi nak cakap kat sapa...rasanya semua tempat keja ada main politik sendiri...

saya x rasa kat tempat saya je jadi camni...maybe kat tempat korang jugak....

ini la situasi d ofis yang saya x faham...macam dialog dalam cerita Bujang Lapok....."Kalau kita jujur, baik hati orang pijak kita, kalau kita tipu, orang sanjung kita"....maaf aku x hafal dialog tu tapi lebih kurang camni la....

Thursday, June 24, 2010

Jcard Day Jusco Taman Equine

Semalam terlepas Jcard Day Jusco Taman Equine....sebab baru tau semalam...ntah nape en.uddin x war2kan...biasanya dia la yang canang kat aku pasal Jcard Day....

xpe la kan, nak wat camana....tepaksa la tunggu jcard day kat jusco laib plak lepas ni (ayat nak sedapkan hati)....tapi ade gak sahabat aku yang telah pegi shopping dengan jayanya semalam......banyak borong ke Sue? ;) time ni la paling best kalau nak shopping barang untuk kawen...sebab aku dulu pun shopping giler2 time nak tunang, nak kawen n lepas kawen... ;p

Sekarang aku sedang gigih berusaha untuk menaikkan berat badan...kata Kak Di dia makan cheese tiap hari...aku ni ntah nak makan apa...berat x naik2...kang kalau doktor tu tanya napa berat aku x naik...aku jawab je...."doktor, orang pregnant ni x sama...ada gak yang susah nak naik berat walau mentekedarah x berenti....saya dah berusaha doktor....." agak2 aku berani x eh?


Wednesday, June 23, 2010

Oh...lelaki....

dapat kat FB dari bestfriend aku Sue....ko ni Sue, macam tau2 je kan...memang 'bengang' gak la bila baca sebab terkena batang idung sendiri...huhu...pagi tadi kul 4pagi aku terjaga sebab terkejut,en.uddin menjerit...grrrrr....




Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010


Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S : Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA SAYANG!!

Tuesday, June 22, 2010

Kerana acar buah

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bestfriend saya yang bernama Suriani @ Sue....dia telah membawakan acar buah yang diidamkan sekian lama...mak ngah dia lak tu yang buatkan...Sue, aku sungguh terharu...& terima kasih sebab teman aku lepak kat umah di kala aku pening2 x dapat kuar jalan2...sorry x dapat hidangkan makanan sedap2...terkilan skit...huhu

lepas ko balik tu, en.uddin bawak aku g lepak kat dataran putra...amik udara segar...hehe...terus hilang pening aku...

Saturday, June 19, 2010

Sekarang ni musim bola, tapi dia main badminton....

Itu situasi kat umah aku ler....time world cup dia tengok la bola kat umah....x payah ada geng, dia tengok sorang pun dah macm 4 5 orang bunyinya...riuh betul...dah abis tengok bola dia g main badminton plak...dulu en.uddin dok Sunway so dia punye geng main kat Subang...

sekarang ni dia ada gak geng kat Puchong so main badminton kat Puchong je...lagipun xde la jauh sangat dari rumah kitorang...sejak preggy aku dah x ikut, x larat & cepat ngantuk sekarang ni...en.uddin pun bising, dia kata aku asyik tido je...tapi yang peliknye aku x tido siang...cuma malam je aku cepat ngantuk..kadang lepas isyak dah lena sampai sok pagi baru bangun...

anyway malam ni kitorang nak attend wedding...anak abang no.2 en.uddin....kat Shah Alam je...nikahnye pagi ni tapi kitorang keje so pegi time sanding malam ni je la....lagipun semua makanan amik catering & buat kat dewan so x banyak keje la....kaler tema pun aku x tau, emmm...x penting sangat kot...janji datang sudah...hehe

esok aku ada date dengan 1 of best friend merangkap ex-housemate aku...last 2 weeks dia tunang kat Bt Pahat tapi aku x dapat datang....terkilan gak la sebab aku memang rapat dengan family dia sampai makcik2 & nenek sedara dia aku kenal...xpe yang penting dia cuba nak carikan makanan yang aku craving sangat tu...

Friday, June 18, 2010

Makan....makan....makan

Sekarang ni aku kene naikkan berat badan sebelum 30hb bulan ni...masalahnye aku rasa dah banyak aku makan selang sejam setengah asyik makan tapi tu la berat macam x naik je....risau pun ado kang kene marah dengan doctor...

orang kata kalau x makan nasi berat x naik...so tiap hari aku makan nasi...but still....xde perubahan...lantaklah...yang penting semuanya sihat...tapi yang nampak lebih sihat husband aku kot...makin hari berat makin betambah...perut pun makin ke depan...ops...

almost everyday aku bawak bekal, x kisah la roti ke nasi ke janji ada bawa...kalau x bawak, x cukup...aku macam x makan 3 hari...lapar memanjang even baru sejam bfast atau lunch...

kalau cakap kat husband, mesti dia kata, cuba jangan merungut...ini bukan merungut namanya...ni statement...kan...ok lah boss aku dah jeling2....nak apa ntah tu...bye

Saturday, June 12, 2010

Genap 6 bulan

Hari ni adalah hari & tarikh yang sama aku nikah 6 bulan lalu...Sabtu 12hb...

1/2 Year Anniversary bleh? hehe...yelah kalau ada baby nanti aku nak celeb camne kan? mesti x dapat nak makan apa2...insyaallah time tu aku dalam pantang...so xkan aku nak celeb makan nasi putih dgn bilis & tempe goreng...even en.uddin xnak celeb dia kata kalau setahun baru best...argh...I x pedulik...hehe

hari ni aku masak menu special...special ler kot sebab aku kan jarang masak kebelakangan ni...lagipun menu tu jarang2 aku buat...nanti pic akan diupload klu dah jumpa perkakas yg hilang tu...lamanye nak tunggu 1.30 baru abis keje...mulut aku i dah xtau nak sumbat apa...perut asyik lapar je...dah banyak buah, roti, kuih aku telan x jugak kenyang2...

Thursday, June 10, 2010

Percutian Yang Best...

Seperti yang pernah aku cakap, kalau balik kg husband aku, terasa macam pegi bercuti...pantai sesaja sepanjang jalan....masa balik Dungan hari tu keje aku makan, tidur, jalan2...itu je ulang2 tiap hari....pagi, lepas Subuh tido balik....lepas tu bangun mandi, sarapan dah tersedia...nasi dagang, kuih muih....lepas melantak kalau x cukup boleh beli lagi, depan umah je gerainye...

lepas tu lepak2 baca paper...or tengok tv...atau kuar g bandar pusing2...sure x bosan sebab en.uddin akan lalu pantai sebab aku suka tengok laut...

tengahari makan nasi pulak....mak mertua atau kak ipar akan masak...aku? tengok tv sebab x bleh bau masakan...nanti muntah...lepas makan membuta....cukup time en.uddin akan kejut suruh mandi & bersiap g pantai...sebelum kuar aku makan nasi & kuih dulu...even dah memang plan nak makan kepok lekor....consider pre-minum petang...bleh?

lepas tu baru ler g pantai jalan2....minum2 kat gerai sambil makan keropok fresh...alamak! dah craving pulak...tapi make sure sebelum maghrib dah ada kat umah...masa aku balik kg tu kan public holiday so ramai la orang luar Tganu datang, ada yang bercuti la...jalan2 la...eh, aku pun orang luar kan? hehe...

aku tau la sebab kat pasar payang tu crowded...ramai yang datang tu ade loghat utara...loghat KL & macam2 loghat lagi ler...& sekarang ni musim orang jual & main layang2...sekarang kan design dah canggih segala macam bentuk ada...batman, spiderman...aku nak main? a dpat ler...en.uddin x bagi, risau keselamatan katanye...heh?

rasa nak pegi cuti2 lagi tapi x tau bila & d mana...aku ni kan susah nak dapat cuti....kalau cuti terus maybe boss kasi ler kot...hemmm...lapar ler pulak....kalau dapat bmihun tomyam best gak nih...atau takoyaki.....k...c u all...

Fobia

Mungkin pada orang lain setakat kene suntik picagari tu xde menda la kan....tapi bagi aku, setakat amik darah secoet pun merupakan perkara yang mengerikan....

Isnin minggu lepas aku g 1st check up...kene amik darah....kiri kanan tangan...nasib baik lepas amik darah bleh terus balik...dalam keta aku nangis sedu sedan....aku rasa sakit sangat sampai tempat akik darah kat tangan tu lebam....hasilnya aku x g keje...

Esoknya aku kena morning sickness yang melampau....muntah2 kat opis sampai x sempat g toilet...muntah kat dusbin tepi meja....dah dekat2 nak tengahari aku call en.uddin ajak dia g klinik...kat klinik tu pun aku dah x bleh tahan...muntah2 jugak.....sekalinya aku kene refer ke hospital....hambik, padan muka aku....

Kene drip...masuk air n ubat....time tu aku dah x rasa malu ke apa, yang aku tau sakit melampau...bercucuran air mata aku even aku x meraung.....nanti orang kata gila ke hapa aku ni dah tua2 pun nak meraung...banyak tempat dorg cucuk nak masukkan drip tu x bleh...aku dah rasa nak pitam dah...last sekali dekat2 tempat amik darah semalam tu jugak yg dorg cucuk...lepas tu aku dah mamai dah...masuk wad, masuk drip,tidur...

lepas tu aku dah berazam xnak kena drip lagi atau amik darah...so makan pun paksa2 jugak even x lapar...makan ubat on time....tapiii....hari Jumaat kene flu pulak...adoi...macam2 betul dugaan Tuhan beri kat aku...

G klinik, doktor bagi ubat flu n batuk...sampai ke hari ini aku x bleh berdiri lama2....rasa nak pitam n sesak nafas...g shopping, jalan skit, duduk, jalan skit duduk....


aku rasa bak amik unpaid leave....& duduk dengan parents...at least ada la orang yang tolong tengok2kan aku...sekarang ni bukan ape, kalau husband aku keje, ha jadi apa2 kat aku, aku sorang la kene harung....hnss...sob...sob...