Sila klik ye...thanks

Thursday, March 31, 2011

Jantan Jalanan Jahanam - Part 1

Situasi : Di hadapan sebuah bank...
Masa : Pagi araoud 8++



Ketika aku sedang berjalan menuju ke sebuah gerai menjual nasi lemak & kuih muih, ada sebuah van yang juga sedang bergerak perlahan(sebab jammed) kira-kira 7meter dari gerai tersebut...

Usai membeli makanan, aku balik ke office menggunakan jalan yang sama...van tadi masih lagi di laluan yang sama kira-kira 2 meter dari gerai.tiba2 penumpang di dalam van menjerit "Dik,dik, duit jatuh"....aku terus memandang ke bawah & belakang.....

Lepas tu diorang (penumpang van yang semuanya jantan) gelak beramai2...& salah sorangnya berkata"Apa ko rasa? oren? haha(sambung gelak)"..

Nampak Apa La Agaknye...

Sejak 2 hari lepas Shawqi asyik menjerit2...

X nak diletak, seakan-akan ketakutan...mata pulak asyik memandang ke atas...
(mungkin nampak benda halus,kan budak2 senang nampak)

aku on tv buka channel OASIS....ada kalimah2 Allah dialunkan dengan lunaknya...

dah puas aku baca ayat Kursi tapi dia tetap menjerit2...

Dah tukar pampers, dah bubuh minyak angin kat perut (in-case masuk angin)

Akhirnya dia tertidur bila penat menangis...

v

v

v

Alhamdulillah...malam tadi Shawqi x meragam lagi...boleh tido dengan aman...cuma sesekali dia akan meniarap...biasa la budak dah pandai meniarap dia akan suka tido meniarap...itu orang2 tua cakap...

Tuesday, March 29, 2011

Pagi Yang Indah Di KLIA

Family pix... ;p

Blum ada pic 1 family kitorang...ni je la yang ada pun...

Time ni nak hantar bapa & adik aku balik Sandakan, insyaallah lepas balik dari haji nanti dia singgah sekali dengan mak aku...

& kitorang pun akan balik gak, insyaallah sebelum parents berangkat ke tanah suci Mekah.

Saturday, March 26, 2011

Surprise...

Balik keje call en.Uddin...dia blum balik lagi, masih kat Sg Way, biasa la kul 6pm org berpusu-pusu balik keje...tengahari dia kata nak g Ikea...nak tengok2 katanya...

Sampai umah, dia sampai lagi...

Sekalinye balik bersama 'sesuatu'...

Shoes cabinet...merah....lagi...nampaknye bleh la namakan rumah kitorang ni rumah merah....sebab hampir semua barang kaler merah, dinding of course la kan...lagipun penghuninye memang suka kaler merah terang ni...


*nanti ku update lagi bersama pic...

Thursday, March 24, 2011

Sayang Seorang Atuk...

Cuti sekolah yang lepas bapa aku datang sini dengan adik pompuan ku no.4.....selain bercuti, misi diorang adalah untuk mnghantar makcik aku yang OKU ke Semenanjung semula...lama jugak dia kat Sabah tu bersama mak aku, ada la dalam 3 bulan...Setelah nenek ku meninggal, adik beradik mak aku bergilir2 jaga makcik ku itu...

Masa bapa & adik aku ada kat sini diorang x bagi aku hantar Shawqi kat baby sitter...dengan gigih diorang jaga...aku x kisah lagipun en.uddin ada time tu, sebab dia keje malam...alhamdulillah, Shawqi memang x banyak ragam, cuma sekali tu dia asyik nangis je sampai aku tepaksa balik lunch hour...esoknye & seterusnya dia ok je...siap bapa aku bawa jalan2 g shopping mall lagi, yang penting ada susu, diam la dia...



Ni kitorang singgah makan kat Jeram, Shawqi dah tido...tu pun bapa aku suruh letak seblah dia...makanan dah abis baru teringat nak amik gambar...yang penting sangat puas hati, berbaloi makan 4 orang cuma rm 60...


Ni kat Tg.Karang kat umah atuk sedara aku, ingat nak lawat moyang tiri ku tapi moyang xde...dia g kursus haji kat Klang...so kita jalan2 je la ye...hasilnye kitorang dibagi beberapa biji buah naga kaler merah....yummy...bapa aku memang suka sangat...


Ni time kitorang jalan2 kat Ikea & IPC...banyak jugak la memborong tapi dah simpan dalam keta before jalan2...susah nak jalan2 sambil bawak barang2...


Rehat seketika...d luar adalah real hujan...so kita minum dulu...sejuk2 pekena kopi best gak...


Ini la budak yang suka makan...x rugi bawak dia g makan buffet...semua benda dia nak makan...Matul, bawak2 la diet skit...hehe


Tajuk entry boleh la diadaptasikan pada gambar2 di atas....bila tengok gambar ni sedih lak...ntah bila berpeluang jalan2 camni lagi...

Dress Code

Salam...

Bersua lagi kita d alam maya.... :)

Kali ni aku bukan nak bercerita atau berceramah...cuma sebagai peringatan diri sendiri dan mungkin juga pembaca blog ni...(ada ke?)

Dress code ni mungkin boleh juga disama ertikan dengan etika berpakaian (sila betulkan kalau aku tersilap)...biasanya d majlis2 rasmi, formal ataupun kenduri kendara yang kita hadiri memerlukan kita mematuhi dress code yang bersesuaian. x kisah la ikut tema ke, kaler ke...

minggu lepas aku menghadiri kenduri cukur jambul jiran ku...anak kitorang lahir pada bulan san tahun yang sama, Dec 2010. Tapi anak dia lahir seminggu awal daripada anak aku...So berbalik kepada kenduri cukur jambul tu, maka kami sekeluarga pun pegi la ke sana...orang sangat la ramai...memula biasa la kan wat tahlil/berzanji...then makan-makan...

Ape yang kurang sedap mata memandang adelah ada tetamu yang hadir berpakaian kurang sesuai...sedangkan bangsa lain boleh pakai sopan, nape tidak kita berpakaian lebih sopan? ada sorang yang bleh la dipanggil makcik datang dengan baju tanpa lengan/sleeveless, dengan selamba macam xde apa2 walaupun semua tetamu memandang dia semacam...mungkin dia kenalan rapat tuan rumah sebab agak mesra bila berborak tapi, agak-agak la kan...datang majlis camtu pakai la sopan skit...baju tu memang la agak longgar tapi sleeveless ok...

Ape2 pun ini peringatan untuk diri aku sendiri...datang mane2 majlis, pakai la pakaian yang bersesuaian...suatu ketika dulu aku x particular sangat tapi kita ni hidup bermasyarakat...mungkin orang x mengata d depan kita tapi di belakang kita, sape yang tau...wallahualam...


renung-renungkan...

Wednesday, March 23, 2011

Cukur Jambul during Chinese New Year holiday

Memula ingatkan nak buat nanti2 atau buat kat umah sendiri, wat kecik2 je...sekali mak mertua aku suruh gak balik....nak sponser katanya...alhamdulillah ku ucap dalam hatiku...en.uddin sure ok je...aku lak yang menggagau x tentu arah...ye la, lagi seminggu nak balik tp x buat ape2 preparation...at least nak baju baru untuk anak aku kan...tapi time tu aku masih dalam pantang lagi....

So aku pun suruh en.uddin beli kain untuk wat baju melayu Shawqi....antar kat jiran aku...abis cerita....goodies lak SIL & MIL aku akan siapkan kat kg...owh...semudah a b c...hehe

Ni ler rupa baju melayu yang ditempah untuk anakanda ku tersayang...of course kaler kegemaran hubby ku...merah...tapi terkilan sangat sebab kitorang x begambar 1 family sebab bz sangat2....sedara mara datang dari merata tempat...tempah buffet untuk 50 orang jer, tapi rezeki tu cukup untuk 100 orang yang datang...itupun ade lagi lebihan makanan, MIL sedekahkan kat jiran tetangga...

goodies bag ler x cukup...tapi MIL ganti dengan goodies without bag...hehe...sebab x sangka ramai sangat yang datang...gambar banyak x jadi sebab tukang amik gambarnye x focus...eee...geram gak, tapi nak camne kan...nasib ler...

masa cuku jambul ni, Shawqi tengah tido...kalau x mesti susah nak pegang, sebab dia xnak dok diam...hehe...ngam2 ni dia terjaga (gambar di atas sekali)....

ni pulak gambar setelah abis semua rambutnya dicukur...macam shaolin...hehe...dah ler mata sepet...pipi tembam...sayang Shawqi...

Kesian Shawqi...dah x ceria lagi...dah xnak berborak lagi sebab banyak kahak kat tekak..

Bila antar kat baby sitter dia diam je dalam keta...pandang aku dengan pandangan yang sayu...

"Sayang dok dengan nenek ye, petang nanti mummy balik keje amik Shawqi"...

Balik keje petang semalam kitorang g klinik bawa Shawqi...

Doktor: anak awak ni minum susu formula ke atau campur (susu ibu + susu formula)?

aku: susu ibu doktor...saya pump bila saya g keje...

Doktor:ok good...nanti bagi dia minum banyak2 supaya cepat baik...tapi saya akan bagi jugak
ubat untuk kurangkan selesema dia...camana bleh kene selsema ni? mesti dia terjangkit
dari sesapa ni...

aku: diam...senyum....diam...dapat dari budak kat tempat baby sitter tu kot...

alhamdulillah pagi ni bangun je tido dia dah 'becakap2'...sambil angkat2 kaki macam biasa...

even baru 3 bulan, dia dah pandai meniarap...some people say its normal,some say quite fast...compare to other baby, like jiran aku, anak umur 5 bulan baru belajar meniarap....xpe la...yang penting my baby boy growing up like normal boy...

cepat la pukul 5.30...nak balik jumpa Shawqi...

Friday, March 11, 2011

Susu Ibu Susu Yang Terbaik...

Usah malu mengepam susu badan




MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.

Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.

Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.

Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.

Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.

Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.

Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.

“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.

Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Kelengkapan pam




Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.

Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.

Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.

“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.

“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.

Kelebihan susu badan

Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.

Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.

Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.

Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.

“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.

“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.

“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.

“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.

“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.


SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.


Pengalaman sendiri

Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.

Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.

Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.

“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.

“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).

Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.

“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.

Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.

Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.