Sila klik ye...thanks

Wednesday, April 13, 2016

Alhamdulillah....akhirnya kini pasti....

Assalamualaikum kepada pembaca blog yang masih sudi membaca blog ini. Setelah mengalami morning sickness/ alahan yang teruk saya makin menjauhi blog saya. Walaupun pada awalnya saya ingin sentiasa membuat entry terkini...

Kalau nak ikutkan due date sebenarnya 12 Feb tetapi disebabkan ada sedikit komplikasi baby saya terpaksa dikeluarkan....maka lahir la baby girl pada 23 Jan lalu...sesungguhnya saya pun tak tau akan dapat baby girl disebabkan setiap kali scan baby berpaling....namun pada hari sebelum kelahirannya saya amat bersyukur dan terharu apabila doktor memberitahu kandungan saya adalah baby girl...

Sekian dulu untuk kali ini..memandangkan saya masih kurang sihat dan perlu banyak berehat, mungkin saya akan post entry jika ada kelapangan...maklumlah dah ada 3 kanak2 yang perlu dijaga dan dimanjai....see u then....

Friday, July 24, 2015

Cerita Zaman Kanak-Kanak (Adab dan tingkah laku anak)

Assalamualaikum...

Hari ini saya tergerak hati untuk berkongsi dengan anda tentang tingkah laku dan adab tertib anak2..

Diharapkan tak ada yang terus sentap kerana apa yang saya ingin kongsikan disini adalah untuk pengetahuan kita bersama...

Jika anda rasa relevan bolehla ikut, jika tidak, mungkin orang lain boleh mendapat manfaat dan iktibar daripadanya...

Saya akui zaman ini adalah zaman yang paling mencabar untuk mendidik anak2...ditambah pulak dengan adanya pelbagai gadget yang mampu melekakan kanak2...

Tak terkecuali anak saya...tetapi saya dan suami seboleh mungkin cuba mengawal penggunaan gadget anak2 kerana risau akan kesannya di masa depan...

Ok kita cerita hal lain pulak ye...pasal adab dan tingkah laku...

Saya sendiri dibesarkan dengan tegas oleh ibu bapa saya tetapi penuh kasih sayang...

Tegas disini bukanlah dipukul, dicubit atau ditengking tetapi kami dipesan sejak usia kami terlalu kecil lagi...

Adab ketika ke rumah orang, adab yang mungkin orang lain ingat benda itu tidak penting...

Saya masih ingat lagi kami tinggal di sebuah pulau, kampung dimana ibu bapa saya menjdai guru, jumaat petang lepas sekolah kami akan balik ke bandar dan kembali semula ke pulau pada ahad petang...

Ketika kami belum tinggal dirumah sendri dan masih menumpang d rumah nenek, emak saya telah mengingatkan kai supaya tidak masuk ke mana2 bilik di rumah nenek sesuka hati....tempat kami hanyalah d bilik ibu bapan dan ruang tamu serta dapur sahaja...

Kami tidak dibenarkan membuka peti ais sesuka hati...saya pasti emak bimbang kerana khuatir jika kami buka dan ada yg menarik di dalamnya sudah pasti kami ingin makan sedangkan makanan itu bukan kami punya...

Bahkan jika ada org memberi kami sesuatu seperti makanan kami akan menoleh dulu muka emak kami...mungkin dah terbiasa...tetapi semua itu meninggalkan kesan yang mendalam pada kami..

Hal ini berlarutan sehingga kami tinggal di rumah sendiri...di mana jika ke rumah orang lain, ibu akan sentiasa berpesan pasal adab dan tingkah laku...saya sedang cuba menerapkan cara ini kepada anak2 saya...alhamdulillah walaupun yg sulung baru masuk 5 tahun tetapi dia boleh memahami pesanan saya dan walidnya...

*Saya teringat situasi dimana saya menerima tetamu yang boleh dikatakan saudara dekat... anaknya tersangat berani bukan sahaja membuka peti ais dan mengambil makanan yang diingini bahkan berani masuk ke semua bilik...tidak cukup itu mereka melompat, bermain d atas katil d dalam bilik2 tersebut....

Yang saya terkilan adalah ibu bapa mereka tidak langsung melarang apatah lagi mengeluar perkataan jangan...bahkan bagi mereka hal itu semacam tiada apa2...

*Di situasi lain dan tempat kejadian lebih kurang sama berlaku..apabila ada saudara menegur, dengan marahnya si bapa menjawab" kau tak payah sibuk hal anak aku, aku dah didik dorg dah cukup...sembahyang , puasa, mengaji aku dah ajarkan...

Maaflah jika saya kata itu semua tidak mencukupi untuk mendidik anak2...kita hidup bermasyarakat dan bercampur dengan saudara mara...jika orang lain tidak suka dengan tingkah laku anak2 kita...apa perasaan kita? terutama kalau orang lain yang menegur dan memarahi anak kita?

*Ini situasi di rumah emak saya...di sebelah rumah ada pohon magga yang rendang sedang berbuah lebat...anak tetamu yang berusa 4 tahun telah memetik dan membaling buah2 tersebut ke luar pagar...pakciknya cuma mengatakan biasalah budak2...

Saya rasa budak tu luar biasa kerana selama ni belum ada lagi yang pernah buat camtu...suami saya pun terus melarang mereka...saya rasa itu command sense kan...benda tak elok tak kan tak boleh dilarang...

Maaf la coretan saya panjang berjela...saya kongsikan situasi dan sedikit cerita zaman kanak2 saya supaya kita sama2 menjadi ibu bapa yang prihatin dan sentiasa alert dengan tingkah laku anak kita...

Jika ada yang nak tinggalkan komen, saya sedia membalasnya...maaf jika ada kata2 saya yang menyinggung anda....Wassalam..

Thursday, July 23, 2015

Syawal 2015

Assalamualaikum...

Lama benar tak update blog ni..

Walaupun begitu...ada juga reader yang tinggalkan jejak...Alhamdulillah...

Raya tahun ni sambutan kami amat sederhana...tapi agak sibuk beraya n ziarah saudara mara sampaikan gambar family anak beranak pun tak ada...

InsyaAllah jika ada kelapangan boleh la begambar sekeluarga n mengenakan baju raya...

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali dan yang tak mengenali saya....Maaf jika ada terkasar bahasa...tersinggung dengan perkara dlm entry saya...

Samapai bertemu lagi di entry yang akan datang...jika rajin...

Wassalam..

Tuesday, April 21, 2015

Petua Menambah Susu Badan@Susu Ibu

Assalamualaikum...

Setelah ku ku amati kat sidebar tu rupanya ramai yang baca pasal petua menambah susu@ breast milk..

So kali ni saya nak tambah skit ikut pengalaman saya la..

Jangan nak sentap kalau petua yang anda ikut tu tak menjadi...sebab ianya depend pada orang jugak ada yang sesuai ada yang tak sesuai...

Macam aku tak sesuai minum teh o..apa2 air teh la...alamatnye nanti BM akan merundum..elok2 sekali pump bleh dapat 6oz disebabkan teh o seteguk itu aku cua bleh dapat 1oz saja..

Time tu nangis pun tak guna sebab BM lagi tak kuar sebab stress pun mempengaruhi penghasilan BM..pendek kata kena ceria selalu la gitu ye...

Lagi satu paling penting minum air masak banyak2....bukan setakat secawan je sehari tapi ko mengharapkan penghasilan 1liter...itu adalah sangat tak akan ye...

Ikut pengalaman aku n nasihat mak aku...makan kena on time...kiranya kitaran pemakanan kita kena ada disiplin la...contoh bfast kul 8am....lunch 12.30pm...tea time 3.30pm...ha camtu la...

kalau kejap makan kejap tak makan ko makan supplement pun tak kan jadi apa sebab ia akan mempengaruhi jugak ko punye pengeluaran BM tu...

Ada beberapa lagi petua lain dah aku wat kat post tapi ada yg bagi komen kata sesuai n tak...& ada jugak cara yang berlainan contohnye longan n kurma dia x masak tapi masukkan je dlm air panas macam bancuh milo tu kekdahnye...tapi dia kata berhasil jugak menambah..

Lagi satu macam aku setiap pagi minum malt atau cereal macam oat tu...ha bila kita minum tu BM akan pekat n banyak...cuba la mana2 cara yea...kalau tak berhasil jangan stress mungkin anda memerlukan supplement yg banyak d pasaran...

Ni aku nak cakap pulak pasal supplement...aku makan yang jenis pil...kesannye sangat bagus bagi aku selain menambah BM ia jugak menambah tenaga...

Disebabkan itu aku jadi over rajin wat keje rumah...macam rasa eh best la ada tenaga tambahan n boleh wat keje rumah sebelum ni cecah je pukul 10 memang tak larat sangat2..anak tido aku pun tido sampai ke pagi...

Bila jadi camni..maybe badan aku tak boleh terima...sebab realitinya memang letih tapi rasa bersemangat n bertenaga sebab ada supplement...so aku jadi demam n badan sakit mcm keje penanggah 7 hari 7 malam...

Setelah itu aku stop makan apa2 je supplement....cuma sesekali minum Ephyra...yang ni ok je...takde la over cuma membantu takde la aku flat sangat bila sampai kat rumah...

So bagi aku terpulang pada kesesuaian dan kemampuan individu...jgn ko kata takde BM tapi ko memang takde cari alternatif itu melampau namanya...aku pun malas nak bg pendapat kat orang camtu...bagi nasihat tapi banyak alasan pun ada jugak yang camtu..

Ok dah...sekarang ni pada mommies yang masih lagi BF good luck & congrats....teruskan usaha dan kekalkan semangat untuk BF sampai target umur baby yang anda tetapkan..

Thursday, April 2, 2015

Pendaftaran Darjah 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016/2017

Assalamualaikum...

Anda ada anak atau sedara mara atau anak kawan2 atau sesapa yang akan masuk darjah 1 pada tahun 2016 atau 2017? Ha dah daftar ke belum?

Sebenarnye pendaftaran dah dibuka sejak bulan lepas...

Saya pun terlepas pandang, nasib baik dah register semalam...

Kepada anda yang ingin mendaftar boleh la klik link ini http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Pendaftaran ini khas untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2009/2010

Sistem ni bagi saya user friendly dan mudah untuk diisi oleh sesiapa sahaja tidak semestinya mak bapak kanak-kanak tu...

Maknanya kita boleh bantu sesiapa yang tak berapa pandai guna komputer terutama sistem online ni..

Setelah mendaftar, anda perlu bawa salinan sijil nikah, salinan IC kita as a parents, sijil lahir anak.
Dah cukup semua tu masukkan ke dalam sampul surat berlamat sendiri dengan stem.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak sekolah memberi jawapan kepada permohonan anak kita tadi. By the way salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau orang yang berkenaan.

Macam kes saya, saya tak perlu buat pengesahan sebab boleh buat di sekolah yang dipohon.

Kat bawah tu ada print screen yg kita perlu print untuk rujukan parents...








* Ada kawan yang beritahu kena bawa salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan, saya rasa itu terpulang kepada sekolah yang dipohon...

Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Assalamualaikum...


Dah penghujung Mac 2015 barulah aku terhegeh2 nak buat entry....

Kali ni saya nak kongsi pengalaman hantar anak ke tadika cina...

Saya sebenarnya dah lama sangat berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina since saya cuma bersekolah biasa sahaja...

Kebanyakan sepupu sebelah bapa saya bersekolah cina dan boleh berbahasa cina...sejak itu saya
berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina

Sebenarnya kalau kita dengar cakap orang memang banyak sangat pendapat berbeza dan dalam situasi saya ramai yang kata " hah sekolah cina? dah takde sekolah lain ke?"..

Ok fine...so terpulang pada anda la nak hantar anak anda ke sekolah mana sekalipun..

Saya & En.Uddin banyak gak survey tadika termasuk la Q-Dees, CIC, Genius Aulad, Montessori & macam2 lagi la panjang entry nak senaraikan...

So kitorang fikir yg paling dekat dengan rumah dan paling berpatutan tetapi maksimum benefit.

Memang banyak faktor yang kena diambil kira, kalau kita hantar tadika lain yang berbayar pun mesti kita nak yang terbaik kan?

Perkara penting kita kena ambil kira tukang masak n guru tadika, macam kat tadika Shawqi ni pembantu/ tukang masak indon ada 2 orang, guru melayu sorang, yang lain cina. Kalau takut n was2 anda bekalkan makanan dari rumah...

Selain Shawqi ada beberapa orang budak melayu je kat tadika tu...Tapi sebab diorang 1/2 day je so Shawqi x berapa rapat...

Setelah 3 bulan kat sekolah tu (Shawqi join dince Dec 2014), saya dapati banyak perubahan kat Shawqi, perubahan yang baik yang saya rasa drastik.

- Sejak January 2015 Shawqi minum susu kat cawan bukan lagi guna botol susu.

- Shawqi dah pandai pegi toilet sendiri dan tak perlu pakai diaper kalau tidur waktu siang

- Dah boleh bertutur bahasa Inggeris n cina mungkin sebab kawan-kawan dia semua cakap engligh
   atau cina sahaja compare dengan tadika lama dia, walaupun english method tapi budak2 sana cakap    melayu sahaja.

- walaupun saya kat rumah tak cakap english 100% bila Shawqi try to speak in english to us we feel
   so happy & impressed....of course lah kan...

- dari segi pembelajaran pun ok sebab Shawqi baru je genap 4 tahun 3 bulan so tak boleh nak push
  dia...setakat boleh kenal abc capital letters anda small letters....numbering samapai 1-100...n yang
  paling sebak, dia boleh tulis nama dia sendiri...

- kat rumah kitorg tak push dia sangat sebab kat school memang dah banyak keje dia buat...masa
  survey dulu dah nampak dah berapa banyak buku keja dia..

setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan...tata

Suam-suam kuku

Assalamualaikum..

Begitulah saya dan blog diibaratkan...dah tak berapa aktif..

Banyak aktif dengan anak-anak dan kerja rumah...

Terasa rindu nak berblog macam dulu...

InsyaAllah jika ada kesempatan akan wat post lagi...

Tapi saya masih blog hoping everyday...



Saturday, May 31, 2014

Burung Gagak Dua

Sejak balik dari petting zoo isnin lepas, Shawqi asyik la nyanyi lagu2 mengenai haiwan, serangga, ikan dan macam2 la yang berkaitan....aku layankan je la...tapiiii kalau aku nyanyi salah abis...mesti kena sound "mommy ni, bukan camtu....camni....bla bla bla....", lepas dah nyanyi lagu yang betul dia akan cakap..."ha camtu la"...kadang saja je nyanyi salah2 sebab nak tengok dia marah...

Klau aku tanya,
mommy : Abang marah mommy ke?
Shawqi  : Yeee...(amboi siap muncung ok)
mommy : kenapa abang marah mommy?
Shawqi  : sebab abang geram....

Ok jawapan dia memang x bleh tahan ok...tergelak aku...mesti dia bengang sebab aku x dpat hafal lagu macam dia atau teacher dia....adoi la...

semalam, nyanyi lagu burung gagak dua....terus aku pandang dia...lagu apakah itu? terus aku betulkan, bukan la...burung kakak tua...Shawqi ulang nyanyi semula...aku pun cakap la, burung gagak tu kaler itam yang banyak kat tong sampah biasanya...burung kakak tua tu parrot yang macam kita pegang kat penang tu (ada begambar dengan parrot aku x sempat upload pic)

dah aku nak cerita tu je...demam n flu...tapi tetap nak berjalan jugak hehe...

ok bye

Thursday, May 15, 2014

Milk Booster : Penambah Susu : Lobak Putih & Jantung Pisang

Assalamualaikum...

Hari tu ada beberapa orang tinggal komen kat blog ni...walaupun komen & view kat entry lama, sesungguhnya saya sangat hargai...terus rasa bersemangat nak wat entry...haha...terima kasih sebab sudi melawat blog yang tak seperti mana ini......

Rasanya milk booster ni ramai orang dah tau dan amalkan...tapi saya nak share je kat sini pengalaman saya menggunakan milk booster tersebut....hasilnya memberangsangkan tetapi kene usaha lebih...tak boleh harap makan tu je...di samping tu kene banyak minum air masak...

Macam aku ni memang fully bf kat anak2 sampai 6 bulan yang shawqi tu sampai 8 bulan fully lepas tu campur sebab aku dah stress...yang Adeeb pulak sampai 7 bulan je sebab desakan kerja melampau...tapi sampai sekarang umurnya dah 1 tahun 10 bulan masih bf lagi...

Tapi aku memang kagum dengan emak yang bleh bagi fully bf. Sebab semua tu memerlukan ketahanan mental n fizikal...mental sebab kalau risau susu takde, maka susu takde la atau kurang,..tambahan pulak kalau tak happy stree je, pengeluaran susu pun merosot...kene jaga diri sendiri jugak, jaga pemakanan minum air masak banyak2 kalau tak memang kurus kering la ko maka secara logiknya ko kurang makan minum memang ler kurang susu.

Dah tercorner ke lain pulak aku ni...berbalik pada lobak putih n jantung pisang ni...masa berpantang lagi aku dah makan...ramai gak kawan2 aku tak setuju sebab katanya mak tak bagi la kembung la.....so up to you nak ikut ke tak...alhamdulillah aku makan ok je, takde kembong, anak pun takde apa2...cuma aku tak bleh minum teh o, nanti perut kembung sakit macam rasa nak pecah...

Lobak putih boleh buat sup sayur campur ayam pun boleh...jantung pisang tu memang x sedap tapi aku makan dengan sambal lada putih....sambal ni turun temurun dari moyang aku sebelah bapak aku...so macam ada resepi cina skit la...bahan2nye, bawang putih, lada sulah@lada putih@pepper,garam secukup rasa, tumbuk sekali...lepas tu letak dalam mangkuk kecil, bubuh air skit...so bleh la makan cicah jantung pisang tu...makan setiap hari untuk jadi perasa pun ok...

Tapi kalau u all takut ada effect kat anak jangan ler makan, kang tak pasal2 aku dapat komen amukan pulak kan...ok emak's sekalian semoga berjaga fully bf dan juga mengamalkan milk booster masing2 k...

kat bawah tu ada gambar lobak putih n jantung pisang hasil carian dari google...tq pd yg upload pix tu yea...




Cokodok je...boleh?

Wei...blog sapa la yang berhabuk ni wei...tiba2 aku teringat pulak Shawqi cakap kat aku hari tu...

"Wei...hari ni takde upin ipin la wei"...penuh confident dia cakap...

Aku apa lagi, "eh, apa wei...wei ni? Shawqi kene panggil mummy bukan wei"...dia sengih2 je tengok aku...tu mesti dia dah tersasul ingat dia cakap dengan kawan dia la tu...

aku rasa semenjak tahun ni, aku makin bertambah sibuk sangat, dengan final year dengan tukar department, dengan sibuk wat keje rumah yang tak pandai abis...

Sibuk2 pun ku mesti pastikan Shawqi pegi school & hantar Adeeb pegi taska....biasa la kan kalau ada anak yang dah sekolah walau play school katanya mesti la banyak agenda.....

Setiap minggu ada je tema pembelajaran dia......so far aku boleh lagi la provide apa yg teacher2 dia mintak...tapi yang aku pening bila time budak2 sambut birthday kat tadika tu....mak oi segala jenis jajan dia bawak balik kat rumah ni...maka kena la aku cepat mengalihkan pandangan dia dari makan semua jajan tu...kalau setakat jelly, air kotak aku ok lagi la tapi kalau dah sampai twisties 2 3 peket memang aku pening...yelah kan tak elok untuk kanak2...anak aku pulak jenis selagi ada benda tu nak makan abis...maklum la kat rumah jajan camtu takde...

Dah esok adalah Hari Guru...so aku baca message book Shawqi malam tadi berbunyi begini "your child are encourage to bring any food tomorrow since we are celebrating teacher's day...OOO...alahamdulillah memang dah niat nak bagi something esok tapi aku plan bagi cupcake je...

Aku tanye la pendapat en.Uddin since dia pun tau pasal tu man ala tau kan ada idea lain...dengan selamba dia berkata " cokodok pun boleh..." nak T.T aku dengar...time aku sekolah dulu pun takde orang bawak jajan untuk hari guru, ini kan pulak cokodok...

Bukan apa, kita mampu kan jangan la sampai camtu...kesian la anak aku tu, haha tapi aku yang terlebih kot...pagi tadi Shawqi bawak cokodok g school ok je...siap nak bagi teacher dia kata... ;D