Sila klik ye...thanks

Thursday, April 2, 2015

Pendaftaran Darjah 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016/2017

Assalamualaikum...

Anda ada anak atau sedara mara atau anak kawan2 atau sesapa yang akan masuk darjah 1 pada tahun 2016 atau 2017? Ha dah daftar ke belum?

Sebenarnye pendaftaran dah dibuka sejak bulan lepas...

Saya pun terlepas pandang, nasib baik dah register semalam...

Kepada anda yang ingin mendaftar boleh la klik link ini http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Pendaftaran ini khas untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2009/2010

Sistem ni bagi saya user friendly dan mudah untuk diisi oleh sesiapa sahaja tidak semestinya mak bapak kanak-kanak tu...

Maknanya kita boleh bantu sesiapa yang tak berapa pandai guna komputer terutama sistem online ni..

Setelah mendaftar, anda perlu bawa salinan sijil nikah, salinan IC kita as a parents, sijil lahir anak.
Dah cukup semua tu masukkan ke dalam sampul surat berlamat sendiri dengan stem.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak sekolah memberi jawapan kepada permohonan anak kita tadi. By the way salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau orang yang berkenaan.

Macam kes saya, saya tak perlu buat pengesahan sebab boleh buat di sekolah yang dipohon.

Kat bawah tu ada print screen yg kita perlu print untuk rujukan parents...








* Ada kawan yang beritahu kena bawa salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan, saya rasa itu terpulang kepada sekolah yang dipohon...

No comments: