Sila klik ye...thanks

Friday, July 24, 2015

Cerita Zaman Kanak-Kanak (Adab dan tingkah laku anak)

Assalamualaikum...

Hari ini saya tergerak hati untuk berkongsi dengan anda tentang tingkah laku dan adab tertib anak2..

Diharapkan tak ada yang terus sentap kerana apa yang saya ingin kongsikan disini adalah untuk pengetahuan kita bersama...

Jika anda rasa relevan bolehla ikut, jika tidak, mungkin orang lain boleh mendapat manfaat dan iktibar daripadanya...

Saya akui zaman ini adalah zaman yang paling mencabar untuk mendidik anak2...ditambah pulak dengan adanya pelbagai gadget yang mampu melekakan kanak2...

Tak terkecuali anak saya...tetapi saya dan suami seboleh mungkin cuba mengawal penggunaan gadget anak2 kerana risau akan kesannya di masa depan...

Ok kita cerita hal lain pulak ye...pasal adab dan tingkah laku...

Saya sendiri dibesarkan dengan tegas oleh ibu bapa saya tetapi penuh kasih sayang...

Tegas disini bukanlah dipukul, dicubit atau ditengking tetapi kami dipesan sejak usia kami terlalu kecil lagi...

Adab ketika ke rumah orang, adab yang mungkin orang lain ingat benda itu tidak penting...

Saya masih ingat lagi kami tinggal di sebuah pulau, kampung dimana ibu bapa saya menjdai guru, jumaat petang lepas sekolah kami akan balik ke bandar dan kembali semula ke pulau pada ahad petang...

Ketika kami belum tinggal dirumah sendri dan masih menumpang d rumah nenek, emak saya telah mengingatkan kai supaya tidak masuk ke mana2 bilik di rumah nenek sesuka hati....tempat kami hanyalah d bilik ibu bapan dan ruang tamu serta dapur sahaja...

Kami tidak dibenarkan membuka peti ais sesuka hati...saya pasti emak bimbang kerana khuatir jika kami buka dan ada yg menarik di dalamnya sudah pasti kami ingin makan sedangkan makanan itu bukan kami punya...

Bahkan jika ada org memberi kami sesuatu seperti makanan kami akan menoleh dulu muka emak kami...mungkin dah terbiasa...tetapi semua itu meninggalkan kesan yang mendalam pada kami..

Hal ini berlarutan sehingga kami tinggal di rumah sendiri...di mana jika ke rumah orang lain, ibu akan sentiasa berpesan pasal adab dan tingkah laku...saya sedang cuba menerapkan cara ini kepada anak2 saya...alhamdulillah walaupun yg sulung baru masuk 5 tahun tetapi dia boleh memahami pesanan saya dan walidnya...

*Saya teringat situasi dimana saya menerima tetamu yang boleh dikatakan saudara dekat... anaknya tersangat berani bukan sahaja membuka peti ais dan mengambil makanan yang diingini bahkan berani masuk ke semua bilik...tidak cukup itu mereka melompat, bermain d atas katil d dalam bilik2 tersebut....

Yang saya terkilan adalah ibu bapa mereka tidak langsung melarang apatah lagi mengeluar perkataan jangan...bahkan bagi mereka hal itu semacam tiada apa2...

*Di situasi lain dan tempat kejadian lebih kurang sama berlaku..apabila ada saudara menegur, dengan marahnya si bapa menjawab" kau tak payah sibuk hal anak aku, aku dah didik dorg dah cukup...sembahyang , puasa, mengaji aku dah ajarkan...

Maaflah jika saya kata itu semua tidak mencukupi untuk mendidik anak2...kita hidup bermasyarakat dan bercampur dengan saudara mara...jika orang lain tidak suka dengan tingkah laku anak2 kita...apa perasaan kita? terutama kalau orang lain yang menegur dan memarahi anak kita?

*Ini situasi di rumah emak saya...di sebelah rumah ada pohon magga yang rendang sedang berbuah lebat...anak tetamu yang berusa 4 tahun telah memetik dan membaling buah2 tersebut ke luar pagar...pakciknya cuma mengatakan biasalah budak2...

Saya rasa budak tu luar biasa kerana selama ni belum ada lagi yang pernah buat camtu...suami saya pun terus melarang mereka...saya rasa itu command sense kan...benda tak elok tak kan tak boleh dilarang...

Maaf la coretan saya panjang berjela...saya kongsikan situasi dan sedikit cerita zaman kanak2 saya supaya kita sama2 menjadi ibu bapa yang prihatin dan sentiasa alert dengan tingkah laku anak kita...

Jika ada yang nak tinggalkan komen, saya sedia membalasnya...maaf jika ada kata2 saya yang menyinggung anda....Wassalam..

No comments: