Sila klik ye...thanks

Wednesday, November 20, 2013

Risau Pasal Pneumococal & Hirschsprung

Lately Adeeb selalu demam, selalu tu bukan la setiap minggu tapi dalam sebulan mesti ada demam...
Demam sampai  3 4 hari...diikuti dengan selesema dan batuk...
Shawqi tak demam tapi selesema dan batuk...
Masalahnya dia dah pandai tak nak minum ubat...
So memang kene berkuntau masa nak bagi dia makan ubat...

Disebabkan semalam aku terbaca pasal pengalaman mak yang kehilangan anak disebabkan menghidap pneumococal, terus aku rasa takut melampau...
Ni semua gara2 aku terbaca kat blog kawan sepupu aku kat SINI
So apa lagi bertalu2 la aku sms en.Uddin and aak dia pegi klinik

So balik keje bawak Shawqi & Adeeb g klinik memandangkan dorang batuk selesema n adeeb demam tak baik2...bila baca pasal pneumococal lagi la seram aku...
Hasil pemeriksaan doktor dia kata demam selesema n batuk biasa, so bila makan antibiotic akan senbuh...

So aku tanya pasal pneumococal, doktor tu tanya apsal pulak awak tiba2 suspek anak awak penumococal? 
So aku bgtau la apa yg aku baca tu semua n suruh lagi doktor tu pastikan betul ke anak aku takde simptom tu semua? agaknya kalau ikutkan lagi risau aku lebih lanjut mau doktor tu halau aku dari bilik dia kan? haha.

Macam la Adeeb masa lahir dulu kan dia suspected Hirschsprung's disease sampai dia dimasukkan ke NICU seawal usia 3 minggu...masa tu memang tak dapat diluahkan macamna aku rasa...rasa dah hilang separuh nyawa...tapi bila aku tengok n tanya nurse mengenai baby lain yg ada kat NICU tu, aku semakin tabah untuk kuatkan semangat...rupanya ada kes yg lebih berat daripada adeeb antaranya takde lubang dubur & masalah usus yang serius....

So bagi aku semua parents akan risau bila anak dorang kene penyakit yang serius...maybe ada yang kata demam batuk skit dah kecoh...hello, ko takde pengalaman anak atau sedara yang sakit serius boleh la cakap camtu...for me, memang aku concern sangat3 kalau anak aku demam atau setakat flu atau batuk skit2...

Dekat blog yang aku bagi link tu ramai mak2 bagi komen n x kurang jugak bagi komen macam anggap benda tu benda tak penting...orang tu just share perasaan mak kehilangan anak...ergh..x tau la nak cakap...




Thursday, November 14, 2013

Restoran Cina Muslim Mohd Adam Ali

Hari ni makan jauh sikit...ni semua kerja officemate aku Phuong & Privena...
Sampai ke Bandar Puteri Puchong peginya...
Tapi aku ikutkan saja la, lagipun memang aku suka masakan cina muslim..
bagi aku harganya boleh tahan, lagipun lauk banyak sangat boleh makan 2 org...
tapi dia letak nasi putih & lauk sekali dalam 1 pinggan...bleh imagine kan?

aku order kung pao daging + nasi putih, Phuong order black paper chicken + nasi putic &
Privena punye kam cheong beef + nasi putih
sebagai tambahan Priven order sotong goreng telur masin...alahmdulillah semua SEDAP...
maaf la takde pic, dah lapar sangat...
retoran ni dah pernah masuk jalan-jalan cari makan kat tv3 tu dan rancangan Program Agen Halal
yang ditayangkan kat tv Al-Hijrah tu...
rasanya nak datang lagi dengan en.Uddin...
nak tahu lebih lanjut klik kat SINI je

Tuesday, November 12, 2013

Suatu Ketika Dahulu (1)

Salam semua...

Hari ni aku nak mulakan cerita pasal kisah hidupku..
Mesti Ramai yang tak tau pasal aku kan...
Walaupun korang tak kisah aku nak cerita jugak hehe
Disamping tu aku nak imbas kembali kenangan lalu sebagai pengajaran dan tauladan di masa hadapan
Daripada blog ni penuh dengan celoteh yang ntah apa2 baik ler dimanfaatkan ye tak hehe

Aku dilahirkan dan dibesakan di Sandakan, Sabah...
Bapak aku memang asal orang Sabah manakala mak aku berasal dari Selangor.
Bagaimana kisah diorang berjumpa dah diceritakan pada kitorang adik beradik
Kelakar juga tetapi zaman 70an kalau bercinta & berhubung jarak jauh sangatlah mengkagumkan hehe

Bapak aku masa tu dah jadi penolong kanan kat sebuah sekolah, mak aku masih lagi kat Tg.Karang tak pernah datang Sabah pun...
Kiranya zaman tu bapak aku berani sangat la kan daripada berkirim surat sampai la hari nikah bapak aku datang ke Semenanjung...alhamdulillah penerimaan keluarga mak aku sangatlah baik sampai 3 bijik kereta kata arwah nenek aku, jemput bapak aku kat subang Airport time tu...

Setelah berkahwin mak aku pun ikut la bapak aku ke Sabah...tapi nasib baik gak rumah arwah nenek aku bukan kat kawasan pedalaman hanya 15minit dari airport. Setelah setahun berkahwin maka lahir la h kau ke dunia yang fana ini..
kalau ikutkan aku sepatutnya lahir hujung bulan Sept kalau tak silap mak aku cakap atau bulan 10 tapi aku lahir awal, excited sangat nak kuar...
mak aku kata time tu cuti sekolah hujung bulan 9 so memang dah beli flight ticket nak balik semenanjung dan bersalin kat semenanjung...
maybe dulu2 takde rules pregnant woman tak leh naik flight kot.
Tapiii disebabkan aku dah lahir awal, makanya time mak aku masih dalam pantang tu la balik semenanjung...

sayangnya tak dapat upload gambar lama semua ada kat Sabah...bermula saat itu setiap tahun kami sekeluarga balik semenanjung sampai la aku ada adik 5...termasuk aku ada 6 beradik..ramai kan?hehe

Dah cukup setakat ni dulu nanti sambung lagi k bye....

Monday, November 11, 2013

Salam Awal Muharam


Time ni baru balik dari Klang rumah anak buah en.Uddin, abang en.Uddin baru balik dari haji...so MIL aku pun ada kat sana wat pulut kuning...so ke sana la kita....baju aku tu peplum labuh sedap pakai tak panas...beli kat D'Zara...masa turun dari kereta tak perasan pulak terhimpit sampai singkat camtu huhu

Actually baru lepas ujan ni, tapi en.Udin ajak kuar jugak...suka gambar camni nampak aku rendah sangat...T_T...Shawqi sekarang dah tak payah ajar, dia yang akan cakap "Mummy senyum"...dia pun dah pandai posing...hand phone aku dengan en.Uddin penuh gambar yang dia snap...sampai gambar kaki pun ada...aduhai anak...

Hari ni Shawqi genap 2 tahun 11 bulan...cepat betul masa berlalu...dalam usia camni, Shawqi dah kenal huruf, hasil g playschool, hasil en.Uddin yang rajin ajar kenal huruf, nombor kat samsung note, aku pun suka gak teman dia baca buku abc bergambar...bila Adeeb ikut tunjuk2 kat note mula la jadi bahan gaduh...tapi aku suka je sebab memang camtu la kan ragam budak2..lepas tu aku suka main2 dengan Shawqi camni, macam kucing tu dia kenal as a cat so aku cakap "eh kat sana ada kucing la"...then Shawqi akan jerit itu cat la bukan kucing...

Lepas tu dia akan marah aku bila aku larang Adeeb main barang bukan mainan macam hari tu Adeeb jumpa whisk kat dalam laci cabinet dapur.so aku takut dia ketuk kat tv & aku try nak amik dari tangan dia...tiba-tiba aku kene sergah"Jangan la kacau Adeebbbb! meh sini Adeeb main kat sini"...aku dah macam, eeeh apa nih? Terus aku cakap "Shawqi tak boleh marah mommy kene cakap elok2 tau"..."minta maaf mommy"...terus cair hati aku T_T...bila fikir balik, aku rasa dari segi protection pada Adeeb,Shawqi ada ciri2 abang yang boleh jaga adik la....


*ramai orang tanya aku, "ko tak nak 'cari' baby girl ke?"...ada ke baby girl itu boleh dicari di pasaraya dan dijadikan hak aku? soalan apa ni? (*o*)

Thursday, November 7, 2013

Pengalaman Hantar Anak ke Pengasuh Di Rumah Orang vs TASKA

Salam semua...

Nampaknya ramai yang bagi pendapat pasal nursery dan juga babysitter...seram jugak baca sebab saya pun ada pengalaman hantar anak ke rumah pengasuh...pengasuh yang asalnya suri rumah...hari ni saya terpanggil untuk luahkan perasaan di sini...Saya bersalin anak pertama pada 11 Dec 2010...so 2 bulan lepas tu saya kembali bekerja...saya tercari pengasuh sebab time tu memang banyak sangat kes baby tersedak susu di nursery so saya bertambah takut...

Tapi sebelum bersalin saya memang dah booking emak kepada kawan saya di taman bersebelahan untuk jadi pengasuh anak saya. Masa dlm pantang, makcik K ni datang ziarah saya juga. Pada masa tu semuanya berjalan dengan baik, tambahan makcik K ada jaga 2 orang budak masa tu...Saya tak akan lupakan pengasuh macam makcik K sebab dia jaga budak2 kat situ bagai menatang minyak yang penuh...sampaikan baju diorang pun dia basuh termasuk baju anak saya...dia jaga sekejap je dalam 3 bulan...ditakdirkan cucu makcik K lahir, dah dia terlalu gembira dan menantu dia pun berpantang kat rumahnya...

Saya bekerja sampai hari sabtu budak lain sampai jumaat je...so suami makcik K bagitau saya, tak dapat nak jaga anak saya hari sabtu sebab nak tumpu pada cucu...fikiran saya berserabut time tu...mana nak cari pengasuh yang sebaik makcik K...bila tanya pada en.Uddin, dia kata tak kan nak cari pengasuh untuk hari sabtu je, x tau nak budget payment  & susah nak cari pengasuh yang jaga sabtu je...

So saya tanya jiran2 di kawasan perumahan saya...so ada jiran merangkap taylor saya cadangkan saya hantar pada salah sorang jiran kat tingkat 2...Biarlah saya bagi dia nama kak Z...Masa saya bagitau makcik K yang saya nak bertukar pengasuh berjuraian air mata kami & kami saling berpelukan...dia memang terlalu baik pada saya...dan menukar pengasuh bukan tindakan yang bijak rupanya.

Shawqi baru berusia 5 bulan masa dihantar ke rumahnya...masa tu dia ada anak umur 6 tahun dan setahun lebih tapi dia bagitau saya anak dia umur 2 tahun...ok saya memang x banyak cakap/ complaint sebab dia pun macam x banyak cakap...sebulan lepas tu anak saya ada benjol, dia kata terhantuk kat cabinet tv masa anak saya merangkak, sampai mati saya tak akan percaya...tapi time tu saya percaya je...next ada lagi benjol kat kepala dia kata terhantuk kat lantai...

Saya buat experiment kat rumah depan suami, so saya kata, tengok Shawqi banyak kali tersembam n terhantuk tapi takde lebam or benjol pun...then saya kata sampai bila2 saya tak kan percaya...pada raya 2011 kak Z buat open house, & saya datang...apa yang memeranjatkan saya time tu terserlah kegarangan kak Z...anaknya bermain mangkuk polyestrin dan dikoyak menjadi cebisan...dia jerkah & tamar anak dia...kami suami isteri terkejut tak terkata apa...tapi kesian Shawqi dapat mak macam aku...aku tetap je hantar ke situ sampai la dia boleh berjalan di tahun 2012 Feb..& aku disahkan pregnant anak 2nd...dan sebelum anak 2nd aku lahir kak Z ambil anak jiran lain untuk dijaga, anak tu perempuan...

Start bulan May 2012 Shawqi memang tak nak dihantar ke rumah kak Z...seperti berebut anak bila hantar shawqi pagi2...kalau en.Uddin yang hantar lagi dia tak nak...aku makin tak sedap hati & cakap kat en.Uddin nak hantar Shawqi ke nursery tapi takkkkk nakkk dengar cakap aku...bukan nak ungkit keburukan la, tapi selama Shawqi dihantar ke sana banyak mainan dia rosak...imagine girl betapa lasaknye....& akak tu boleh buat popia simpul untuk jual untuk raya 2012...I cannot imagine how kak Z scolded my son...

& baru la aku tau anak dia beza setahun dari Shawqi no wonder suka buat Shawqi...of course mak mana pun mesti menangkan anak...& aku bekalkan makanan untuk Shawqi setiap hari sampai hari terakhir kak Z jaga anak aku...tapi anak yang 1st tu jenis mulut kecoh so dia suka la cakap camni, adik ni suka makanan Shawqi...apa Shawqi ada semua dia nak....ok 1 point no wonder shawqi kurus kurang makan kot...then masa Shawqi kecik dia bagi anak aku air oren...arghhh...aku pesan tiap hari anak aku minum susu badan saja tak boleh bagi air masak ataupun air lain....2 point..

aku selalu spot check, so selalu kantoi macam, anak dia dokong Shawqi, hello budak tu keding, dokong Shawqi yang aktif tak ke bahaya? bila aku tegur memang tarik muka...bukan aku tengking, aku cakap, akak kalau boleh jangan la bagi Akma dokong Shawqi, saya takut jatuh...Shawqi nangis bila aku dtg tengahari atau nak amik petang...tambahan pulak dia macam manjakan budak yang dia baru jaga tu, nama Puteri.

Dalam 2 3 bulan sebelum kak Z kata dia tak nak jaga anak2 aku lagi, dia ada tengking Puteri tu...masa tu aku datang nak amik Shawqi, tapi budak perempuan tu yang kuar dulu, so kak Z tengking sekuat hati, dia kata "Hei, bukan Puteri la"(maksudnya bukan mak budak tu yang datang).kebetulan en.Uddin ada kat balik dinding tapi kak Z tak nampak la sebab aku yang tercegat depan pintu...

Di suatu senja yang hening 6 Dec 2012, kak Z datang...dia gitau dia tak nak jaga anak aku lagi sebab dia nak business...business katanya...kebetulan juga en.Uddin ada kat rumah so dia macam terdengar sekali la perbualan kitorang....tahun ni dalam bulan Jan-Feb suami kak Z terjumpa husband aku kat surau...dia tanya napa anak2 en.Uddin dah x di hantar ke rumahnya...en.Uddin cakaplah kak Z tak nak jaga...tak tau la apa cerita disebaliknya...& selepas tu makin ramai jiran2 yang tanya napa anak2 aku dihantar ke taska..salah aku ke? T___T


*abaikan semak samun kat belakang tu ye...ni time aku sibuk berkemas, en.Uddin jaga anak2...

Tapi kali ni aku tak rasa panik sangat sebab dalam hati macam, oh this is the right time to send them to nursery..hari pertama hantar, Shawqi terus suka kat pengasuh...masuk taska tanpa pandang kitorang lagi...dan begitulah hari2 seterusnya....masa Thaqif tak berapa sihat kot dia tak nak mkan nasi, so pengasuh tu ckaap dia masak bubur bagi Thaqif makan...Kalau Shawqi tak nak mkan lauk telur biasanya dorang bagi lauk dorg sendri contohnya masak lemak tempe ke...tapi diorang gtau la kalau anak2 aku tak nak makan...

alhamdulillah setakat ni anak2 ok je, rasanya belum pernah lagi meraung sebab tak nak g taska...selalunya time amik dorang tengah leka main sampai tak perasan aku tercegat depan pagar...sampai rumah suap makanan, dorang makan sikit je atau tak nak makan langsung maybe dah kenyang makan kat taska...apa2 pun kita tak boleh terus rasa lega sebab yelah kita tak tau apa yang akan jadi di masa hadapan...pantau la taska anak anda...