Salam semua...
Hari ni aku nak mulakan cerita pasal kisah hidupku..
Mesti Ramai yang tak tau pasal aku kan...
Walaupun korang tak kisah aku nak cerita jugak hehe
Disamping tu aku nak imbas kembali kenangan lalu sebagai pengajaran dan tauladan di masa hadapan
Daripada blog ni penuh dengan celoteh yang ntah apa2 baik ler dimanfaatkan ye tak hehe
Aku dilahirkan dan dibesakan di Sandakan, Sabah...
Bapak aku memang asal orang Sabah manakala mak aku berasal dari Selangor.
Bagaimana kisah diorang berjumpa dah diceritakan pada kitorang adik beradik
Kelakar juga tetapi zaman 70an kalau bercinta & berhubung jarak jauh sangatlah mengkagumkan hehe
Bapak aku masa tu dah jadi penolong kanan kat sebuah sekolah, mak aku masih lagi kat Tg.Karang tak pernah datang Sabah pun...
Kiranya zaman tu bapak aku berani sangat la kan daripada berkirim surat sampai la hari nikah bapak aku datang ke Semenanjung...alhamdulillah penerimaan keluarga mak aku sangatlah baik sampai 3 bijik kereta kata arwah nenek aku, jemput bapak aku kat subang Airport time tu...
Setelah berkahwin mak aku pun ikut la bapak aku ke Sabah...tapi nasib baik gak rumah arwah nenek aku bukan kat kawasan pedalaman hanya 15minit dari airport. Setelah setahun berkahwin maka lahir la h kau ke dunia yang fana ini..
kalau ikutkan aku sepatutnya lahir hujung bulan Sept kalau tak silap mak aku cakap atau bulan 10 tapi aku lahir awal, excited sangat nak kuar...
mak aku kata time tu cuti sekolah hujung bulan 9 so memang dah beli flight ticket nak balik semenanjung dan bersalin kat semenanjung...
maybe dulu2 takde rules pregnant woman tak leh naik flight kot.
Tapiii disebabkan aku dah lahir awal, makanya time mak aku masih dalam pantang tu la balik semenanjung...
sayangnya tak dapat upload gambar lama semua ada kat Sabah...bermula saat itu setiap tahun kami sekeluarga balik semenanjung sampai la aku ada adik 5...termasuk aku ada 6 beradik..ramai kan?hehe
Dah cukup setakat ni dulu nanti sambung lagi k bye....
No comments:
Post a Comment