Assalamualaikum...
Ha tetiba hari ni macam tergerak hati nak share petua ni...Anak pun dah lebih setahun tapi alhamdulillah masih menyusu badan lagi..
Tak dinafikan ada ibu yang memang tak ada susu semasa melahirkan anak...ada pulak yang ada susu walau baby belum keluar lagi...so itu rezeki la kan...tapi kalau tak tahu cara nak kekalkan pengeluaran susu itu sia2 je la..sebab susu boleh kering , pengeluaran akan kurang dan berhenti sendirinya jika ibu x amalkan beberapa petua ini..
1. Consistent
1.1 Consistent ni ada banyak part...dari segi pemakanan ibu, pemerahan susu, penyusuan baby & macam2 lagi..saya nak komen lebih2 tak boleh sebab saya mengamalkan petua sendri melalui 'self research'..bukan sekadar baca buku mengenai penyusuan saja...
Ok berbalik kepada consistent tu, masa berpantang, waktu sarapan, makan tengahari dan segala jenis waktu makan itu adalah sama..kalau time x tepat pun pastikan tak lari jauh masa tu..sebab pengeluaran susu bergantung pada pemakanan ibu jugak...kalau sarapa pkul 10, lunch pkul 2, tea time ke laut dinner ke bulan maknanya ibu dlm situasi bahaya..
Makanya consistent dengan masa...bila ibu lapar, jadi stress, bila stress lagi la susu merundum..
1.2 Consistent breast pump:Ha... yang ni pun penting...kena rajin pam susu ikut jam ye..kalau hari ni 4 jam sekali esok lusa pun camtu jugak ye...bukan ikut suka hati nak pam ke idok...hari ni pam, esok dah give up...tak boleh macam tu ya..
2. Minum Air Masak
Kalau tak minum air camana nak tambah susu kan? yang ni penting tau untuk ibu menggantikan susu yang telah dipam tu..ada jugak ibu yang cakap susu x banyak pun, ye la memang tak banyak kalau dah makan ikut kelapangan masa, minum air masak pun tak, tapi nak susu meriah..itu tak logik ye..
3. Menyusukan baby dengan kerap
Yang ni kalau baby jenis kuat tidur pun kenakejut ye bagi susu..kalau tak nanti boleh jadi bengkak susu...kalau baby tak nak menyusu jugak, ha boleh la pam buat stok susu..
4.Rajin, tahan mental & fizikal
Part ni saya tak rajin sebab saya mampu bertahan selama 8 bulan saja. Saya menyusukan secara eksklusif selama 6 bulan, lps tu pam sampai baby 8 bulan...lepas tu campur la susu formula...masa anak pertama n kedua boleh tahan sampai setahun saya pam lg...kali ni sebab x reti nak buat time management ini la jadinya,susu pun kurang,stress je memanjang...
Saya kagum dengan ibu yg bekerja yang banyak stok susu dan mampu mengepam sampai baby dah besar...bukan senang tau, dengan kejaoffice, keja rumah, layan anak layan suami...kena tahan mental n fizikal...kalau macam saya yang body manja ni..huhu...kalau letih over limit memang akan mendapat demam la jawabnya...
mungkin saya dah agak mengarut skit tapi saya pasti masih ada info yang boleg diguna pakai lagi dalam entry ni....kalau anda membaca entry ini, sila la tinggalkan komen ye...boleh jugak kita bertukar pengalaman n pendapat...
No comments:
Post a Comment