Sila klik ye...thanks

Thursday, March 16, 2017

Pengalaman Hantar Anak ke Sekolah Cina 3

Setelah hampir 3 bulan sesi persekolahan tahun 2017 bermula, saya baru nak buat entry...oranglain dah sampai ke mana ntah kan...bukanapa, sejak ada 3 budak kesayangan ni masa makin mencemburui saya...banyak masa untuk diorang n bapaknya saja...hehe

MEsti ramai yang nak tahu kan, apa yang berlaku setelah anaksaya masuk Darjah 1...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, baik kelas ataupun parents whatsapp group..sama je busynya...Untuk pengetahuan anda semua sekolah ni sangat menitik beratkan campur tangan parents terhadap pembelajaran anak2...dorang nak parents pastikan segala arahan yang diberikan oleh guru, dilakukan oleh murid...seperti homework, message book, aktiviti..

Sekolah ni sampai ada 'message book' & "homework message book". Saya dengar pasal message book masa Shawqi tadika, so takde pelik sangat...tapi 'homework message book" memang rare. Rupanya 'homework message book' adalah untuk nyataka subject n page homework murid2. kat dalam buku dah siap2 print semua subject, murid cuma tick subject yang berkenaan & tulis no. page dari mana sampai mana.

Banyak lagi sebenarnya tapi setakat itu pun dah rasa pening. Pagi Shawqi Sekolah Rendah Agama seawal 7.45am, mula2 dia mcm monyok je, rehat pun sorang2 je, yela seblum ni kawan semua cakap English atau Cina...sekolah agama semua cakap melayu, dah tu budak2 ni ramai yang sama tadika so dah ada geng...maka monyok la Shawqi di tepi tingkap..

Kitorang gi pantau jugak hari pertama & kedua tu, nak tengok camana dia beli makanan walaupun dah bagi bekal...sekaliboleh pulak dia x sedar kitorang kat kantin tu...bukannye ramai orang pun...adoi..so kitorang assume dia dah boleh bawak diri hehe...dari segi pembelajaran, diadah boleh baca tulisan jawi,bahasa arab pun dah makin banyak dia tau..memang letih la kan sebabdari pagi ke petang sekolah...tapi kami pasti ini semua akan membantu dia di kemudian hari..

Berbalik ke sekolah cina, kamisetiap hari akan pesanjangan beli makanan seperti nasi, mee, nugget tu semua, Shawqi cuma boleh beli air kotak atau roti / muffin gardenia tu yang ada jual kat kantin...biasa la kan budak2 ni, walau dh bagi bekal pun dia nak beli jugabila nampak kawan dia beli.

Untuk memantapkan lg penguasaan bahasa mandarin & melancarkan tugasan sekolah aka homework En.Uddin dah carikan guru khas dari tanah besar China untuk Shawqi..haha..ok ni gurau ye..tapi cikgu tuition dia memangasal China n kahwin dengan cina tempatan. Tapi memang dia akan cakap mandarin je, english cuma cakap dengan parent,bahasa melayu memang tak cakap langsung...

Selain itu banyak yuran sampingan perlu dibayar di sekoalah cina ye...tapi as a parents kami sangat berpuas hati dengan service yang diberikan...keselamatan murid paling utama...setiap hari tidak kurang5 orang guru akan tunggu depan gate bersama murid untuk tunggu parents ambil. muridtidak dibenarkan keluar sendiri dari pagar sekolah...memang crowded la kan time balik sekolah tapi pandai2 la budget masa...selalunya saya datang setelah loceng 10min...time tu dah reda skit la...

Lagi satu, apa yang saya nampak, sekolah cina ni banyak latihan, buku latihan tambahan jangan cakap la memang banyak...tapi dorang pandai buat buku/ majalah komik supaya murid rajin nak buat latihan dalam buku/ majalah tu..& tak semestinya ada banyak homework...kalau anak anda pandai manfaatkan masa terluang kat sekolah, dia boleh habiskan latihan/ tugasan yang sepatutnya jadi homework tu...

Diharapkan parents yang berhajat nak hantar anak ke sekolah cina tu kene bersediadari pelbagai segi...jangan lupa ye terapkan atau implement Islam pada anak kita..tak kisah la dia sekolah mana kalau kita xtegaskan soal agama memang nanti akan dibuat sambil lewa...wallahualam

No comments: