Sila klik ye...thanks

Friday, May 12, 2017

Google Translate is a Helpful Application

Tiba-tiba saya rasa macam nak buat blog pasal benefits of each application...ni berangan la sbb walaupun study dalam bidang IT tapi banyak buat kerja admin so x berapa nak celik IT sangat.

Ok kita semula kepada Google Translate. Sejak anak saya masuk darjah 1, saya dan en.Uddin stress sebab kalau ada homework mandarin tak dapat nak tolong Shawqi.

Walaupun google translate tu macam tak berapa accurate tapi masih boleh membantu kitorang ni untuk memahami tulisan cina. So adalah sangat mencabar di situ. Tapi bila dapat jawapan atau faham ayat yang di translate tu memang sangat gumbira ria.

en.Uddin pun baru je guna application ni untuk translate mandarin sebab sebelum macam x perlu sangat...yang bininya pulak diam2 je walau dah lama guna. biasanya ktorg amik gambar n forward kat cikgu tuition Shawqi so afterthat cikgu dia akan bg jawapan which is x berapa best sbb terus bg jawapan kan...at least kalau kita sendri tau boleh la ajar anak skit2..

Contoh macam English la...kalau anak nak buat homework, tak kan kita terus2 bg jawapan kan...mesti kita nak bagi dia faham...so kaedah nya lebih kurang camtu la...

Actually x banyak pun homework Shawqi tapi bila ada homework dia akan stress and semua orang dalam rumah pun stress..hahaha...tapi bila kitorang start ajar time tu la dia nak tunjuk pehaman dia kat homework tu...dah bapak dia stress sebab bertekak pasal jawapan...

Maaf ye reader kalau saya syok sendri buat entry ni...tapi kalau ada parents yang hantar anak ke sekolah cina mesti faham maksud entry saya ni...anyway take good care everybody....

See u then...

Thursday, March 16, 2017

Pengalaman Hantar Anak ke Sekolah Cina 3

Setelah hampir 3 bulan sesi persekolahan tahun 2017 bermula, saya baru nak buat entry...orang lain dah sampai ke mana ntah kan...bukan apa, sejak ada 3 budak kesayangan ni masa makin mencemburui saya...banyak masa untuk diorang n bapaknya saja...hehe

Mesti ramai yang nak tahu kan, apa yang berlaku setelah anak saya masuk Darjah 1...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, baik kelas ataupun parents whatsapp group..sama je busynya...Untuk pengetahuan anda semua sekolah ni sangat menitik beratkan campur tangan parents terhadap pembelajaran anak2...dorang nak parents pastikan segala arahan yang diberikan oleh guru, dilakukan oleh murid...seperti homework, message book, aktiviti..

Sekolah ni sampai ada 'message book' & "homework message book". Saya dengar pasal message book masa Shawqi tadika, so takde pelik sangat...tapi 'homework message book" memang rare. Rupanya 'homework message book' adalah untuk nyataka subject n page homework murid2. kat dalam buku dah siap2 print semua subject, murid cuma tick subject yang berkenaan & tulis no. page dari mana sampai mana.

Banyak lagi sebenarnya tapi setakat itu pun dah rasa pening. Pagi Shawqi Sekolah Rendah Agama seawal 7.45am, mula2 dia mcm monyok je, rehat pun sorang2 je, yela seblum ni kawan semua cakap English atau Cina...sekolah agama semua cakap melayu, dah tu budak2 ni ramai yang sama tadika so dah ada geng...maka monyok la Shawqi di tepi tingkap..

Kitorang gi pantau jugak hari pertama & kedua tu, nak tengok camana dia beli makanan walaupun dah bagi bekal...sekaliboleh pulak dia x sedar kitorang kat kantin tu...bukannye ramai orang pun...adoi..so kitorang assume dia dah boleh bawak diri hehe...dari segi pembelajaran, diadah boleh baca tulisan jawi,bahasa arab pun dah makin banyak dia tau..memang letih la kan sebabdari pagi ke petang sekolah...tapi kami pasti ini semua akan membantu dia di kemudian hari..

Berbalik ke sekolah cina, kamisetiap hari akan pesanjangan beli makanan seperti nasi, mee, nugget tu semua, Shawqi cuma boleh beli air kotak atau roti / muffin gardenia tu yang ada jual kat kantin...biasa la kan budak2 ni, walau dh bagi bekal pun dia nak beli jugabila nampak kawan dia beli.

Untuk memantapkan lg penguasaan bahasa mandarin & melancarkan tugasan sekolah aka homework En.Uddin dah carikan guru khas dari tanah besar China untuk Shawqi..haha..ok ni gurau ye..tapi cikgu tuition dia memangasal China n kahwin dengan cina tempatan. Tapi memang dia akan cakap mandarin je, english cuma cakap dengan parent,bahasa melayu memang tak cakap langsung...

Selain itu banyak yuran sampingan perlu dibayar di sekoalah cina ye...tapi as a parents kami sangat berpuas hati dengan service yang diberikan...keselamatan murid paling utama...setiap hari tidak kurang5 orang guru akan tunggu depan gate bersama murid untuk tunggu parents ambil. muridtidak dibenarkan keluar sendiri dari pagar sekolah...memang crowded la kan time balik sekolah tapi pandai2 la budget masa...selalunya saya datang setelah loceng 10min...time tu dah reda skit la...

Lagi satu, apa yang saya nampak, sekolah cina ni banyak latihan, buku latihan tambahan jangan cakap la memang banyak...tapi dorang pandai buat buku/ majalah komik supaya murid rajin nak buat latihan dalam buku/ majalah tu..& tak semestinya ada banyak homework...kalau anak anda pandai manfaatkan masa terluang kat sekolah, dia boleh habiskan latihan/ tugasan yang sepatutnya jadi homework tu...

Diharapkan parents yang berhajat nak hantar anak ke sekolah cina tu kene bersediadari pelbagai segi...jangan lupa ye terapkan atau implement Islam pada anak kita..tak kisah la dia sekolah mana kalau kita xtegaskan soal agama memang nanti akan dibuat sambil lewa...wallahualam

Petua Menambah Susu Badan @ Susu Ibu: Consistent & Discipline

Assalamualaikum...

Ha tetiba hari ni macam tergerak hati nak share petua ni...Anak pun dah lebih setahun tapi alhamdulillah masih menyusu badan lagi..

Tak dinafikan ada ibu yang memang tak ada susu semasa melahirkan anak...ada pulak yang ada susu walau baby belum keluar lagi...so itu rezeki la kan...tapi kalau tak tahu cara nak kekalkan pengeluaran susu itu sia2 je la..sebab susu boleh kering , pengeluaran akan kurang dan berhenti sendirinya jika ibu x amalkan beberapa petua ini..

1. Consistent

1.1 Consistent ni ada banyak part...dari segi pemakanan ibu, pemerahan susu, penyusuan baby & macam2 lagi..saya nak komen lebih2 tak boleh sebab saya mengamalkan petua sendri melalui 'self research'..bukan sekadar baca buku mengenai penyusuan saja...

Ok berbalik kepada consistent tu, masa berpantang, waktu sarapan, makan tengahari dan segala jenis waktu makan itu adalah sama..kalau time x tepat pun pastikan tak lari jauh masa tu..sebab pengeluaran susu bergantung pada pemakanan ibu jugak...kalau sarapa pkul 10, lunch pkul 2, tea time ke laut dinner ke bulan maknanya ibu dlm situasi bahaya..

Makanya consistent dengan masa...bila ibu lapar, jadi stress, bila stress lagi la susu merundum..

1.2 Consistent breast pump:Ha... yang ni pun penting...kena rajin pam susu ikut jam ye..kalau hari ni 4 jam sekali esok lusa pun camtu jugak ye...bukan ikut suka hati nak pam ke idok...hari ni pam, esok dah give up...tak boleh macam tu ya..

2. Minum Air Masak

Kalau tak minum air camana nak tambah susu kan? yang ni penting tau untuk ibu menggantikan susu yang telah dipam tu..ada jugak ibu yang cakap susu x banyak pun, ye la memang tak banyak kalau dah makan ikut kelapangan masa, minum air masak pun tak, tapi nak susu meriah..itu tak logik ye..

3. Menyusukan baby dengan kerap

Yang ni kalau baby jenis kuat tidur pun kenakejut ye bagi susu..kalau tak nanti boleh jadi bengkak susu...kalau baby tak nak menyusu jugak, ha boleh la pam buat stok susu..

4.Rajin, tahan mental & fizikal

Part ni saya tak rajin sebab saya mampu bertahan selama 8 bulan saja. Saya menyusukan secara eksklusif selama 6 bulan, lps tu pam sampai baby  8 bulan...lepas tu campur la susu formula...masa anak pertama n kedua boleh tahan sampai setahun saya pam lg...kali ni sebab x reti nak buat time management ini la jadinya,susu pun kurang,stress je memanjang...

Saya kagum dengan ibu yg bekerja yang banyak stok susu dan mampu mengepam sampai baby dah besar...bukan senang tau, dengan kejaoffice, keja rumah, layan anak layan suami...kena tahan mental n fizikal...kalau macam saya yang body manja ni..huhu...kalau letih over limit memang akan mendapat demam la jawabnya...

mungkin saya dah agak mengarut skit tapi saya pasti masih ada info yang boleg diguna pakai lagi dalam entry ni....kalau anda membaca entry ini, sila la tinggalkan komen ye...boleh jugak kita bertukar pengalaman n pendapat...