Sila klik ye...thanks

Monday, November 17, 2008

Terlanggar perut

Sebelum korang baca lebih lanjut pasal entry ni, aku harap jangan la ada yang terasa, kisah ni x ada niat untuk menghina or mengata sesiapa. Aku cerita jujur berdasarkan pengalaman aku...

Kejadian ni terjadi beberapa tahun lepas...masa tu aku & Leona masih study lagi...kami window shopping di Mid Valley...masa tu orang ramai sangat...biasa la hujung minggu, walau xde sale orang memang sesangat la ramai...selain shopping, window shopping, mungkin diorang jalan2, pusing2...

Aku x ingat kitorang dari kedai mana, tapi yang ku ingat kami nak mencari sesuatu di Jusco...bahagian supermarket...

Ketika sedang berjalan laju menuju Jusco, kami sedaya upaya mengelak dari berlanggar dengan orang ramai yang bersesak2....sekali tiba2...pop! euwww....kami terlanggar & tersembam di depan perut seseorang....ya! tersembam di depan muka kami...mesti korang boleh bayangkan macamana tinggi & besarnya orang itu...tapi sumpah aku x ingat macamana rupa orang itu & kami sepastas kilat melarikan diri...

Untuk beberapa ketika kami tergamam, rasa macam argh....hahaha...kitorang gelak sampai nak guling2 walaupun masing2 cakap geli sangat sebab terlanggar perut tu...adoi la...napa mesti kami terlanggar perut?

sampai ke hari ni kalau teringat kejadian tu, kami x tahan mesti ketawa terbahak2...korang rasa, tuan punya perut tu masih ingat ke kami yang pernah tersembam d perutnya...euwww...

1 comment:

Anonymous said...

hahaha
aku pnh kena cmni,tp aku nk blah,org tu pegang tgn aku,hampehh!

malu seh