Sila klik ye...thanks

Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Assalamualaikum...


Dah penghujung Mac 2015 barulah aku terhegeh2 nak buat entry....

Kali ni saya nak kongsi pengalaman hantar anak ke tadika cina...

Saya sebenarnya dah lama sangat berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina since saya cuma bersekolah biasa sahaja...

Kebanyakan sepupu sebelah bapa saya bersekolah cina dan boleh berbahasa cina...sejak itu saya
berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina

Sebenarnya kalau kita dengar cakap orang memang banyak sangat pendapat berbeza dan dalam situasi saya ramai yang kata " hah sekolah cina? dah takde sekolah lain ke?"..

Ok fine...so terpulang pada anda la nak hantar anak anda ke sekolah mana sekalipun..

Saya & En.Uddin banyak gak survey tadika termasuk la Q-Dees, CIC, Genius Aulad, Montessori & macam2 lagi la panjang entry nak senaraikan...

So kitorang fikir yg paling dekat dengan rumah dan paling berpatutan tetapi maksimum benefit.

Memang banyak faktor yang kena diambil kira, kalau kita hantar tadika lain yang berbayar pun mesti kita nak yang terbaik kan?

Perkara penting kita kena ambil kira tukang masak n guru tadika, macam kat tadika Shawqi ni pembantu/ tukang masak indon ada 2 orang, guru melayu sorang, yang lain cina. Kalau takut n was2 anda bekalkan makanan dari rumah...

Selain Shawqi ada beberapa orang budak melayu je kat tadika tu...Tapi sebab diorang 1/2 day je so Shawqi x berapa rapat...

Setelah 3 bulan kat sekolah tu (Shawqi join dince Dec 2014), saya dapati banyak perubahan kat Shawqi, perubahan yang baik yang saya rasa drastik.

- Sejak January 2015 Shawqi minum susu kat cawan bukan lagi guna botol susu.

- Shawqi dah pandai pegi toilet sendiri dan tak perlu pakai diaper kalau tidur waktu siang

- Dah boleh bertutur bahasa Inggeris n cina mungkin sebab kawan-kawan dia semua cakap engligh
   atau cina sahaja compare dengan tadika lama dia, walaupun english method tapi budak2 sana cakap    melayu sahaja.

- walaupun saya kat rumah tak cakap english 100% bila Shawqi try to speak in english to us we feel
   so happy & impressed....of course lah kan...

- dari segi pembelajaran pun ok sebab Shawqi baru je genap 4 tahun 3 bulan so tak boleh nak push
  dia...setakat boleh kenal abc capital letters anda small letters....numbering samapai 1-100...n yang
  paling sebak, dia boleh tulis nama dia sendiri...

- kat rumah kitorg tak push dia sangat sebab kat school memang dah banyak keje dia buat...masa
  survey dulu dah nampak dah berapa banyak buku keja dia..

setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan...tata

48 comments:

NaTRaSHa said...

Assalamualaikum.. Salam kenal.

Boleh saya tau puan hantar anak ke tadika cina kat mana ye? dan register sekolah cina kat mana? Sebab anak saya pun masuk drjh 1 2017. Berkira2 nak hantar sekolah cina juga. :) terima kasih atas perkongsian.

~BEE~ said...

Waalaikumsalam...Salam Perkenalan..

Saya hantar anak kat tadika 3Q...tapi tadika Q-Dees pun ada sediakan aliran mandarin untuk parents yg berhasrat nak hantar anak ke skolah cina...

Saya register kat sk(C) Sin Ming..

Kat sekolah ni pun ramai budak melayu dan india..mesti masukkan anak ke tadika cina supaya ada basic kalau takde sk(C) mana2 pun tak nak accept.

Good luck ye..

Unknown said...

Salam sis..sy tgh mencari tadika aliran cina yg sesuai utk ank sy thn dpn..bole sy tau lbh kurg fees structure nya? Thanks.

~BEE~ said...

Roshan Norazman...structure fees adalah berlainan mengikut brand tadika atau kawasan perumahan di mana letaknya tadika itu...saya bagi contoh macam tadika Q-dees yg well known tu harga pun x sama utk semua cawangan...pada pendapat saya lebih baik anda survey dulu...macam yg saya dan suami buat dulu, kami survey tadika cina yang berhampiran rumah dah banding harga dan lesson method...lepas tu barulah buat keputusan nak hantar ke tadika mana...

saya harap penjelasan saya dapat membantu Puan Roshan Norazman

AZLINA BINTI HASHIM said...

saya bersetuju dengan kata2 x de sekolah lain ke nk antar anak...mmmm alhamdulillah anak saya dah 2 yg sjkc dan sorang lagi coming soon. bagai dikata bab botol susu n toilet..sy suka part tu. dah 3 org ni sy rasa sy akan kekalkan diorg kt sjkc atas byk sbb. bab disiplin n keja sekolah x yah criter la...100 kali bagus dari sek keb. sorry to say coz ini pengalaman saya sendiri. kepada sesiapa yg nk antar tu silakan lah...banyak kelebihannya. ada kawan kata bila antar anak sjkc nanti anak ikut perangai cina...bab perangai dia bermula dari rumah..if kita jaga bab akidah mereka insyaAllah kt mana2 pun mereka boleh survive...btl x? terpulang pd parents la. 1 jer jgn paksa anak kita..if dia blh, teruskan lah tp if dia x leh kluarkan dia pergi sek keb biasa kesian kt anak coz semua dlm bhs mandarin yg sy faham bm, bi n agama jer. yg lain hancus. good luck pd parents baru nk antar anak2 n jgn pulak nk pakai skirt o sluar pendek g sekolah..jgn mareee

Nurul Aswani Mohd Noor said...

salam perkenalan semua. nice sharing all. tq so much. :)

saya ada anak perempuan umur 4.5 tahun yg boleh berbahasa melayu dan inggeris fasih, dan skrg sy nk dia bljr di skolah Cina. sy cuba yakinkan husband sy utk Hana go and explore chinese culture/language for this coming 7 years in her life.

but the fact that chinese school ni banyak homework yg tu husband sy tak setuju sesangat. bg dia, potensi budak lebih berkembang bila dorg BANYAK BERMAIN, bukannya BANYAK BUAT HOMEWORK ATAS KERTAS. saya juga bersependapat dgn husband, tp sy faham yg Mandarin akan jd bahasa asing bg hana dan sememangnya Hana perlu bnyk latihan/homework utk dia betul2 mahir dlm bahasa tu. sudah betul sy nk yakinkan suami utk bagi peluang ni kat Hana.. -sigh-

pls all help give me some guidance.. appreciate it so much. tq....

(Boleh email kpd saya di nurulaswani@gmail.com atau hubungi saya 019-379 0086. May Allah bless whoever helps me in any way. )

mommy sarah said...

assalamualaikum puan..salam perkenalan
sy baru je enroll anak sulung perempuan sy umur 4thn 5bulan ke taska&tadika cina pada 5sept2016 (jadinya hari ni masuk minggu ke-empat anak sy dhntr ke tadika).

hari pertama & kedua anak sy menangis iyela kan mgkin sbb baru msk sekolah. hari ketiga sampaila hari kamis mggu lepas dia happy2 b'semangat turun ke sek siap bgtahu sy & husband suruh hntr ke sekolah lagi. tapi start jumaat lepas smpai la pagi tadi dia menangis xnak ke sekolah..sy xpasti sbb ape.bila ditanya ade cikgu marah ke pukul ke dia ckp xde..bila dtanya kwn name ape dia geleng kepala meaning xtahu :( instinct sy berpendapat mybe dia belum jumpa kwn ke sbbnya dlm kelas cuma anak sy seorang yg berbangsa melayu. dia boleh bercakap dlm english, tp kwn2 yg lain berbual dlm bhsa cina sesama sendiri berdasarkan spotcheck kt tadika yg sy buat (adela 2-3 kali stakat ni). xtahula ni nk minta pandangan puan adakah language barrier mmg menjadi faktor utama anak2 mula takut nak ke sekolah (sbb xboleh bcampur dgn kwn) atau normal utk anak2 menangis mybe sbb dh faham & mula rindu dkt parents bila dihantar ke sek..? skrg ni risau nak menghadapi hari2 esok takut anak menangis lagi xnak ke sek..sy & husband dlm dilema samada nak meneruskan persekolahan dia di tadika cina atau nak cari tadika lain..huhu

thank you so much sbb sudi mdengar..

~BEE~ said...

assalamualaikum puan...salam perkenalan...

saya pernah hadapi situasi seperti puan. tapi saya pun sependapat dengan puan mungkin sebab anak blum boleh sesuaikan diri dengan kawan2 n bahasa asing. sebenarnya anak saya juga adalah satu2nya murid melayu di tadika tu. saya minta bantuan guru2 di situ termasuk guru melayu.tapi yang lucunya, ada satu ketika guru tadika anak saya beritau saya, dia kata bdak2 tu kata kena ckp english dgnanak saya sbb anak saya bukan cina. tapi berkat bantuan guru2 di situ anak saya dah boleh bercakap dan menulis bahasa cina atau lebih tepat lg bahasa mandarin.saya rasa puan pun boleh juga berbuat demikian.Lagi satu apa kata puan pun cuba belajar bahasa mandarin yang basic pun sudah memadai..dengan itu anak puan mungkin bertambah senang nak bercakap dan berkawan.jika anak puan baru pertama kali ke tadika, bagi saya mennagis & tak mahu ke sekolah tu normal.sebab dia nak parents.

anak saya pernah menangis x mahu ke tadika. saya selalu pujuk n bagi kata2 pujian. selalu tanya dia apa yg dia belajar kat tadika supaya dia lebih rasa seronok. pada masa yg sama mungkin kita boleh figure out masalah yg dihadapi anak tersebut.saya harap puan terima penjelasan saya ni. kalau puan ada soalan lain, sila ajukan saya bersedia menjawab yg termampu.

terima kasih kerana berkongsi pengalaman...

Mega said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mega said...

Assalamualaikum..insyaAllah anak sy akan mula sjk(c) tahun depan darjah 1..dah start beli brg2 sekolah..cuma nak tanya..bole pakai seluar panjang ke? (Anak saya lelaki)..bj bole pakai kain yg licin x? ��..

Tuk makluman sume, anak saya ada mslh speech delay..masa umur 5 thn saya masokkan tadika melayu, kurang improvement & asyik dpt komplen drpd cikgu dia kata xnk bckp, xnk bgaul..huhu..alhamdulillah masa 6 thn sy tukar ke tadika cina (wlupun sbnrnya agak tlambat sbb sebaiknya masok tadika cina umur 5thn) alhamdulillah dia bleh catch up..dah bole btutur bm, bi & cina dgn baik..mgkn environment tu sesuai tuk dia..kwn pun ramai..sume kwn dia kenal..klu tadika melayu dulu, tanya nama kawan sorg pun xsebut huhu

Bagi yg bniat nak antar anak sekolah cina, teruskan je..insyaaAllah ok..sekolah anak sy thn 1 2017, murid melayu lebih 50%�� Hehe

~BEE~ said...

Assalamualaikum Puan Mega...alhamdulillah teruskan usaha...rasanya boleh je pakai seluar panjang baju pun kain licin ok je...sekolah anak sy boleh je...


Anak kita sebaya la ye...bila hantar anak ke sekolah cina, husband sy sgt excited dengan kelengkapan sekolah cina...sangat canggih menyamai kelengkapan kolej....atau lebih tepat lg dipanggil smart classroom...PIBG juga sangat aktif..budak melayu di sekolah anak saya pun ramai...semoga kita sama2 berjaya memberikan yang terbaik untuk anak2 kita...jangan pedulikan sangat cakap2 org...yang penting anak kita gembira...

haya said...

assalamualaikum semua. anak saya baru nak masuk 6 bulan tapi saya dh kisau bab-bab pendidikan dia hahah! Saya tgh google-google activities/play school utk babies under 12m dan tak sangka terjumpa this entry which very very useful for our future :) Kpd mommies yg anak memang fluent in english, boleh saya tahu, hantar ke kiddie mana dan adakah perlu sentiasa speak with them in english kat rumah? Saya risau, if anak lebih prefer berbahasa inggeris nanti bila balik kampung or with his cousies dia akan susah nak bergaul..

~BEE~ said...

Waalaikumsalam Puan Haya...saya pun dulu mcm puan juha...dari anak kecil dah fikir panjang terutama pasal education...saya rasa takde masalah kalau anak fluent English...sebab pengalaman sy sendiri..family seblah hsbd sy mmg ramai sgt yg fluent english seumur 2 tahun.Tapi itu tak jadikan masalah untuk diorang bermain dan berhubung. Saya tak nafikan akan ada prob tp think positif ye. Mcm sy, sy akan remind anak sy supaya berbahsa melayu ketika blk kg.mmg dh pernah terjadi cousin dia x faham apa yg dia cakap.Actually kat rumah ktorg x ckp English sangat pun, cuma skit2 saja.& kalau nak ckp english make sure jangan rojakkan bahasa tu contoh dlm 1 ayat ada english n malay.takut nanti anak akan confuse.

Nurul Aswani Mohd Noor said...

Wa'alaikumussalam Puan Haya.

Pengalaman saya anak perempuan berumur 5 tahun fasih English ialah masa dia kecil kami bagi dia tengok cerita kartun Dora The Explorer. Kartun Peppa Pig juga bagus sebab tutur percakapannya perlahan dan jelas jadi budak senang tangkap.

Kat rumah kita sebagai ibu bapa memang kena speaking English juga jika nak anak pandai English, sebab environment tu penting. Tapi kami campur2 juga berbahasa Melayu sebab taknak la dia tak faham atau tak boleh bertutur bahasa ibunda sendiri kan.. :)

Masa anak saya ni umur 3 tahun 8 bulan kami masukkan ke kiddie yang ramai budak2 expats mat salleh so that lagi enforced environment dia; nak tak nak dia kena speaking English untuk berkomunikasi dengan kawan2 dan cikgu. :)

jida said...

Bestnya baca komen ibu2 semua..bolehlah nanti plan untuk sekolahkan anak kedua..

Unknown said...

Saya nak masukkan ank saya ke skola cina tahun 2019..tapi ramai yang membantah.. mm

aRyanna said...

Wahh ...makin semangat nak hanta anak ke playschool chinese.anak baru nk masuk 3thn ..apa yg sy lihat semua prefer anak masuk tadika or taska cina.saya baru nak hantar nextmonth.nak bagi dia sekolah cina.sebab da banyak survey playschool chinese lagi banyak aktiviti.

Saja said...

Assalammualaikum.. Nak bertanya..anak sy tahun depan darjah 1. Jadi sekrang dia umur 6tahun, Sekolah pra kemas.. Jadi nak minta pendapat.. Adakah okay jika hantar anak ke skolah cina umur 7tahun tanpa ada basic..

~BEE~ said...

Waalaikumsalam Puan Saja, Saya tak berani bagi jaminan. tapi puan boleh tanya la sekolah berkenaan...Saya cuma nak kongsi 1 kes..saya rasa ni paling jarang. ada sorg budak dia tadika kemas dan kebetulan sekolah rendah cina hanya beberapa meter dari rumahnya. so kementerian pendidikan daftarkan budak ni ke sekolah cina tu. nak tak nak sekolah cina tu kena terima. tapi bapa budak ni fikir positif, dia carikan tuition mandarin utk budak ni. alhamdulillah budak ni dah darjah 2 dah. dah fasih berbahasa mandarin.

Tapi untuk kes puan lebih baik puan rujuk ke sekolah rendah cina yg berdekatan. lgpun kesian kalau anak puan takde basic, sebab semua subjek diajar bahasa mandarin kecuali, agama islam, english n bahasa melayu.

lenka said...

Assalam pn.
Saya dah daftarkan anak di Sjkc sib ming. Sekarang anak mmg blajar di tadika cina. Just nk mintak share from yr experience, balik sekolah anak puan ke tuition ke terus balik rumah ya?
Saya concern psl homework anak sapa nak ajar nt. Huhu.
Kelas agama puan ada hantar mana2 tak? Since sinming just satu sesi persekolahan je waktu pagi. Nak hantar sar pun x boleh sebab sar waktu pagi.
From yr experience mcm mana ya pn handle.
Tq.
Pn nora.

~BEE~ said...

Waalaikumsalam puan Ienka,

Puan menetap di puchong ke? sy x pasti kalau ada sjkc sin ming d daerah lain.
anak saya sekolah petang, so pagi dia pegi sekolah rendah agama(SRA).
malam pukul 8 - 10pm dia pergi tuition di rumah guru tuition, guru dia mmg asal dari China tapi berkahwin dgn cina tempatan.
sekolah rendah agama ada yg 2 sesi. cuba puan dapatkan info dr SRA.

Tuition hanya hari isnin rabu jumaat, selebihnya kami hanya menggunakan aplikasi google translate. sila translate mandarin to english not malay kerana terjemahan akan pelik.

Disebabkan anak sy sekolah pagi n petang,dia jadi letih, so maybe kami akan menghantar dia ke sekolah tahfiz atau kelas agama pada hujung minggu sahaja mulai tahun depan. di samping itu juga kami akan berpindah daerah so kena tukar sekolah.

lenka said...

Oo.. sin ming di puchong. Anak saya daftar sin ming semenyih. Ada satu sesi saja di sinming, sesi pagi.
Mcm tu yer, tq pn for sharing. Itula pagi petang kalau ikutkan schedule anak2. Kesian pun ya.

Unknown said...

ada 1 sekolah agama private malam di tmn pelangi semenyih 1 untuk anak2 sek sin ming semenyih yang pack dgn tuition waktu petang. boleh hantar anak kelas agama waktu mlm. depends on anak, boleh cope atau tak..mudah2an anak2 kita berjaya ikut kemampuan mereka. Amin :-)

Unknown said...

Assalamualaikum puan,
saya mempunyai anak 2thn setgh, saya bercadang untuk masukkan ke sekolah cina.
ape persediaan yang saya perlu buat? cadangannya nk masukkan dia ke tadika yang ambil student 3 thn pada tahun depan.boleh bagi cadangan.

~BEE~ said...

Waalaikumsalam...

adalah lebih elok dihantar awal...umur 3 tahun tu umur yg sesuai utk belajar bahasa sebab senang nanti dia nak belajar..tapi jgn masukkan ke tadika yang mempunyai exam orientation sbb budak 3 tahun masih sesuai di playschool ...untuk belajar komunikasi dan sesuaikan diri bersama kawan2...itu hanya pendapat saya..

Unknown said...

Assalamualaikum, pada pendapat saya umur 3 atau 4 tahun sebaiknya diajar anak tadika islamic dahulu, dimasukkan ke tadika cina pada usia 5 dan 6 tahun, itu pandangan saya, bila dah bergaul dengan bangsa lain, pandangan tentang agama berlainan atau confuse bila awal usia, pengalaman sendiri masa kecil dulu, biasa la ikut kawan2.. mak ayah mmg bekal makanan dari tadika - darjah 6,sebaiknya bagi asas fahaman ugama duhulu, bagi saya tiada ruginya disekolah cina, mmg banyak kerja sekolah n aktiviti..tapi skarang mmg saya bersyukur pada mak ayah kerana saya boleh bertutur mandrin, hokkein n kantonis. Travel negara asing pun senang ramai yg bertutur mandrin.

Unknown said...

Salam,tahun depan akan hantar anak masuk tadika cina,masalhnye sekarang saya risau anak bujang saya tu boleh ke catch up bahasa asing(cina) tu,blh ke future English dengan kawan2...dekat rumah saya ckp melayu je,English pun sikit dlm yes no come here dekat anak...hmm apa pnegalaman puan anak first?

~BEE~ said...

Waalaikumsalam...kalau ikut pengalaman anak saya, umur 5 & 6 tadika cina...tapi pada masa yg sama kitorang hantar dia mengaji...darjah 1 pagi, sek agama, sjk(c) seblah tengahari...alhamdulillah pelajaran kat sekolah agama ok...takde masalah...pembelajaran kat sjkc sangat tough...tapi kami tak terlalu push sebab syllabus pendidikan di malaysia memang terlalu tinggi...lagipun zaman sekarang ni persaingan terlalu tinggi...tentang english, jgn risau puan, budak2 sekarang mmg bergaul dlm english...sy kat rumah pun x ckp english sgt pun, tapi anak saya boleh score A kat sekolah...puan boleh tengok pencapaian dia bermula di tadika...& paling sy suka, maths sgt penting di sekolah cina, anak sy darjah 1 dah boleh hafal sifir 6, without stress...anak sy dgn bangga bgtau saya dia dah hafal sifir 6...

saya harap pengalaman sy ni dapat membantu ibu bapa lain dalam memilih sekolah untuk anak2...yg penting kena ada usaha dr anak n parents juga...salam ukhuwah dari saya...

Unknown said...

Salam. Nak tanya, betul ke yuran di sjkc lebih mahal dari sk? Saya berhajat nak hantar anak ke sjkc. Tetapi tidak mampu sekiranya mahal sgt. Minta pendapat. Terima Kasih.

~BEE~ said...

Waalaikumsalam Puan Medinna Haizum...tentang yuran tu mungki sedikit pertambahan tapi bagi saya tetapreasonable.. sebab kemudahan di sekolah cina tempat anak saya sekolah sangat berbeza dengan sekolah kebangsaan. tetapi yuran tambahan itu adalah untuk kelas komputer, pembantu keselamatan (pengawal traffic di depan sekolah), buku latihan/aktiviti tambahan yg menarik untuk kanak2...mungkin puan boleh mendapatkan maklumat dari sekolah yg berdekatandan membuat perbandingan...

aina fairuz said...

awak, next year anak saya 3tahun. plan nak hantar ke sekolah sama dekat puchong
tadika di mane ya

aina fairuz said...

saya mengikuti puan, since sy duduk di puchong
ingat nak masuk kan anak sama sekolah dan tadika
boleh tahu detail tadika cina

Suffi Izzara said...

Salam. saya juga berminat untuk hantar anak ke sekolah cina tetapi masih risau pasal homework die nanti blh ke saya tolong kalau die tak faham coz sy tiada basic dlm bahasa cina.

Su Eda said...

Assalamualaikum sis... Sy cadang nak masukkan anak saya SJKC... Soalan saya, jika nak masuk SJKC perlu ada basic mandarin ke or kena lebih? 😊

Unknown said...

Next year anak 4 tahun, plan nk hntr tadika cina...harap anak takde masalah nk bergaul disebankan language barrier.. tgk jugak Tadika lain2, pendahuluan dan monthly pun dh mcm beli kereta sebijik.. bukan berkira untuk anak, tapi rasanya yuran tadika cina lebih berpatutan.

~BEE~ said...

Aina Fairus: puan tinggal kat puchong mana? banyak bahagian puchong ni. saya kat bandar bukit puchong 2


Suffi Izzara: Saya pun tak tau mandarin dan untuk pengetahuan kita semua, tak semua orang cina pun tahu mandarin. dalam whatsapp group kelas anak saya, parents bertukar pendapat and saling mambantu utk buat homework anak, anak saya sorg je melayu dlm kelas dia. guna google translate to english boleh membantu...jangan guna mandarin translate to malay sbb agak pelik n jauh menyimpang.


Su Eda: Waalaikumsalam....untuk masuk ke SJKC memang kena tahu mandarin. tapi untuk masuk ke darjah 1 adalah sama je dgn semua sekolah, kena tahu membaca , menulis n mengira.


Muhammad Zulfadli: insyaallah takde masalah. saya hantar tadika masa anak saya 4 tahun. dia fasih bercakap mandarin n english...walaupun di rumah kami lebih banyak bertutur dalam bahasa melayu.

Unknown said...

Hello..nak tanya...sis...daftar srjkc..macam mana cope ye?
Anak saya 2020 Masuk darjah 1 Kat sin ming Semenyih...mintak nasihat boleh..
Kalau watsapp pun boleh .0162611780

surayaalice said...

salam.. saya nak tny pendapat puan. . anak saya lahir december 2015. maksudnya skrg umurnya 2tahun 10bulan...saya bwrcadang hantar tadika cina december ini. tetapi anak saya masih belum boleh bercakap dgn lancar dan masih pakai pampers. adakah betul tindakan saya untuk menghantarnya ke sekolah pada waktu terdekat ini. ataupun tunggu dia dah bolwh bercakap dgn lancar baru hantar ke tadika?

~BEE~ said...

Kavitha Sri Davaidass: nak minta nasihat apa ye? sy ni pun biasa2 je...cuma hantar anak pegi tuition 3x seminggu saja...lps tu always tengok school books anda homework.


surayaalice : wsalam...puan boleh tengok kat tadika yg terima kanak2 mcm umur anak puan...sebab kalau tak silap bermula 4 tahun dah boleh hantar tadika sbb dah boleh bercakap...mudah staff kat tadika nak faham..anak sy ketadika cina masa umur genap 4 tahun 3 minggu. dia lahir bulan 12 so bila masuk sekolah tahun berikutnya sebenarnya masih dalam lingkungan umur 4 tahun.

Papa panjang said...

Bole tau kos utk kemasukan tadika cina area seremban..

hiha said...

as salam
bule tahu puan hanta anak kat 3q mrc bp 1 ke 2?
n bule tk share contact number cikgu tuisyen bahasa mandarin tu
thank u

~BEE~ said...

waalaikumsalam puan dha lokman

saya masukkan ke 3Q BP2

nama cikgu tuisyen tu, teacher fenny memang original dari china, english pun x fluent

01116375026 ni nom hp dia

kalau dia taya mana dapat nom cakap kat dia from shaheem momy

Ekinmyzara said...

Nk tnye tadika ap ye tu

Unknown said...

3Q ne mrc ker

hiha said...

ok terima kasih (:

~BEE~ said...

Tuan/puan...ye tadika tu franchise....nama penuh adalah MRC 3Q

Nurul said...

Salam puan..tadika MRC 3Q ok tak puan...anak sy dr 4 tahun tadika cina..tapi x nampak dia boleh bercakap cina..sekarang 5 tahun masih disekolah yg sama..boleh ke kalau sy tukar ke tadika lain tahun depan?wajar tak?

~BEE~ said...

Wsalam puan Nurul, tadika MRC ok anak sy dulu kt situ...tp klu ada tadika lain yg lebih baik boleh je tukar..ikut kesesuaian puan..