Sila klik ye...thanks

Wednesday, February 29, 2012

Petua Menggunakan Lesung Batu!!!

Salam semua...

Bersama lagi kita dalam rancangan petua di dapur...

Kali ini petua ini diikuti dengan luahan geram ye puan-puan...

Bagi anda yang tinggal di condo, apartment mahupun flat mesti pernah menghadapi situasi yang sama macam saya...kalau tak pernah, bagus la alhamdulillah...

*tq kepada google

Hampir semua diantara kita mempunyai lesung batu bukan? ala lesung yang buat sambal tu ha...

Tahukah anda bahawa ada petua disebalik penggunaannya? dan kesan yang sangat buruk tanpa petua itu?

Bagi yang tak pernah tahu tentang petua itu, meh sini saya nak bagitau....sewaktu menumbuk lesung tu, alas ler bawah lesung tu dengan kain towel atau apa-apa kain yang hampir sama dengannya...ini untuk mengelakkan bunyi seperti nak bagi dengar semua orang yang anda sedang menumbuk lesung..terutama orang yang tinggal di bawah rumah anda, rasa seperti lesung dok atas kepala tau tak?

ketang ketung ketang ketung.....eeeeeeeeee.....rasa terngiang bunyinye kat telinga rasa kepala berdengung.....harap petua ini dapat dijadikan panduan....sekian

Saturday, February 18, 2012

Orang pun nak buat business online jugakkk....

Hari ni memang dah bagi aku naik hangin satu badan...

Aku ni nak kata selalu sangat beli barang online tu tidak la tapi takde la pulak tak pernah langsung...

Aku beli barang maina online untuk anak aku....kat internet melambak pelbagai bangsa yang jual tapi aku tergerak hati nak beli sambil menolong rakan seagama & sebangsa.takda niat lain.

Hari isnin aku bank in n contact budak ni. Dengan manis mulut dia cakap dia akan pos parcel hari selasa...selasa dia msg tengahari tak dapat pos sbb PM nak datang tempat dia so crowded...aku faham situasi dia sebab aku pun kadang camtu juga...rabu dia kata akan bagi trace no. tapiii sampai khamis xde sms pun dari dia...

Tup..tup...hari jumaat dia bagi trace no. tapiii hp aku tertinggal kat rumah so aku dapat tu pun bila call husband aku sruh dia check hp. ok done. darah memang sedang elok la mendidih...aku call dia cakap dengan confidentnye patutnye dah parcel tu dah sampai...ni kisah jumaat petang la aku tanye dia cakap camtu...

pagi ni aku check online kat website pos laju guna trace no. yang dia bagi....memang menunjukkan dia pos 17 Feb....aku call pulak bahgian pos laju puchong.dia kata parcel tu bukan pos laju , sebaliknya adalah pos biasa & memang baru dipos semlam= 17 Feb. so maybe dalam minggu depan hari selasa baru aku receive....grrrrrrrr


terus aku rasa give up nak beli online lagi. at least kalau ada prob gtau la kan n paling penting jujur la dengan customer...ni tak, time dah dapat payment janji nak pos secepat mungkin la apa la...sekali berjanggut aku menunggu x sampai2...