Salam semua...
Bersama lagi kita dalam rancangan petua di dapur...
Kali ini petua ini diikuti dengan luahan geram ye puan-puan...
Bagi anda yang tinggal di condo, apartment mahupun flat mesti pernah menghadapi situasi yang sama macam saya...kalau tak pernah, bagus la alhamdulillah...
Hampir semua diantara kita mempunyai lesung batu bukan? ala lesung yang buat sambal tu ha...
Tahukah anda bahawa ada petua disebalik penggunaannya? dan kesan yang sangat buruk tanpa petua itu?
Bagi yang tak pernah tahu tentang petua itu, meh sini saya nak bagitau....sewaktu menumbuk lesung tu, alas ler bawah lesung tu dengan kain towel atau apa-apa kain yang hampir sama dengannya...ini untuk mengelakkan bunyi seperti nak bagi dengar semua orang yang anda sedang menumbuk lesung..terutama orang yang tinggal di bawah rumah anda, rasa seperti lesung dok atas kepala tau tak?
ketang ketung ketang ketung.....eeeeeeeeee.....rasa terngiang bunyinye kat telinga rasa kepala berdengung.....harap petua ini dapat dijadikan panduan....sekian
No comments:
Post a Comment