Sila klik ye...thanks

Thursday, August 26, 2010

Pulang ke Rahmatullah

Isnin lepas nenek aku, mak kepada mak aku telah meninggal dunia dalam pukul 6pm.

Aku dapat khabar duka tu masa nak g bazar ramadhan dgn en.uddin. Lepas je dapat call dari cousin aku, cepat2 aku call emak aku kat Sandakan...nasib menyebelahi mak sebab dapat flight ticket kul 9pm...nenek meninggal d umah pakcik aku (adik mak aku) kat Shah Alam.

Jumaat lepas nenek dah start demam, sabtu x selera nak makan...tapi ingatkan demam biasa...ahad nenek makan skit....lepas tu pakcik aku amik bawak g umah dia kat shah alam & bawa g klinik...Petang isnin dia bangun nak g bilik air tapi jatuh 2 kali kat tilam...bibik x nampak sebab sibuk kat dapur...

Lepas tu makcik aku yang OKU tu gtau bibik...so bibik pun call jiran sebelah & call pakcik aku...aku terlalu sedih sampai tak terkata apa lepas dapat call tu...x sempat nak buka puasa dengan nenek sebab plan nak balik weekend ni sekali dengan parents aku bercuti...paling aku terkilan, makcik aku yang OKU cakap, beberapa hari sebelum meninggal dia asyik tanya pasal aku...bila nak balik jumpa dia...

muka nenek nampak tenang sangat macam tidur...& ramai orang solat jenazah...semoga lepas seksaan kubur...& rezeki orang sedekah pun terlalu banyak & melimpah ruah...

*x dapat tahan, mata aku dah berair & dada aku sesak...

semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman.....al-fatihah...

2 comments:

Intan and The Boys said...

Al-Fatihah. takziah buat awak sekeluarga eh.

~BEE~ said...

terima kasih Intan...