29, Puncak Bukit ,
75525, Malaysia
Puan
38, Cerun Bukit,
75525 Malaysia.
28 Julai 2009
Puan,
PERKARA : LUAHAN TIDAK PUAS HATI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama saya menujukan surat ini adalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap tindakan puan. Seperti yang puan sedia maklum, di awal kedatangan saya ke Syarikat ini bukanlah sebagai assistant puan (walaupun puan perasan boss wanna be). Tetapi saya bersyukur kerana disebabkan keperasanan puan itu, real boss telah menyerapkan saya ke jabatan lain. Maka berkuranglah gangguan mental terhadap saya ketika itu.
3. Untuk makluman pihak puan, disebabkan keceluparan & kelaseran mulut puan yang tak tentu hala itu menyebabkan ramai orang tidak senang dengan puan. Atau lebih tepat lagi membenci puan tetapi antara puan sedar atau tidak, mereka sebenarnya bersikap talam bermuka 44 di depan puan. Masalah ini telah lama saya sedari tapi saya malas nak ambil pusing sebab bukan puan yang bayar gaji saya. So saya tidak perlu untuk patuh kepada puan.
4. Tetapi nampak gayanya puan tidak pernah berhenti untuk mengikuti perjalanan hidup & karier saya sehingga tanggal 28 Julai 2009, puan membuat cerita yang sangat bagus kandungan skripnya sehingga saya terfikir yang puan layak diberikan anugerah 'Drama Queen'. Tahniah saya ucapkan kerana disebab mulut puan yang tidak berinsurans itu telah menyebabkan Real Boss menemubual sekaligus menyatakan hasrat untuk menukar saya lagi ke Jabatan lain.
5. Alhamdulillah. Saya masih bersyukur dengan rezeki-NYA & menganggap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Diharapkan puan
6. Semoga dengan kehadiran surat ini puan akan sedar bahawa membuat tohmahan & memburukkan saya adalah hal yang sia-sia belaka. Saya berharap agar puan menjauhkan diri daripada saya kerana saya khuatir satu hari nanti puan akan jatuh ke perangkap sendiri. Ingin saya ingatkan kepada puan, sempitnya kubur bukan hanya disebabkan kedekut, banyak lagi amalan lain yang perlu puan titik beratkan. Fikir-fikirkan & selamat beramal.
7. Semoga puan berbangga kerana impian puan telah terlaksana dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKHIDMAT DEMI MASA DEPAN"
Yang Berdendam ,
Perempuan Cili Padi
*surat ni memang agak sama dengan surat suami nak berpoligami tu, aku ubah ler ikut kesesuaian situasi aku...buat plagiat ok...
No comments:
Post a Comment