Sila klik ye...thanks

Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Assalamualaikum...


Dah penghujung Mac 2015 barulah aku terhegeh2 nak buat entry....

Kali ni saya nak kongsi pengalaman hantar anak ke tadika cina...

Saya sebenarnya dah lama sangat berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina since saya cuma bersekolah biasa sahaja...

Kebanyakan sepupu sebelah bapa saya bersekolah cina dan boleh berbahasa cina...sejak itu saya
berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina

Sebenarnya kalau kita dengar cakap orang memang banyak sangat pendapat berbeza dan dalam situasi saya ramai yang kata " hah sekolah cina? dah takde sekolah lain ke?"..

Ok fine...so terpulang pada anda la nak hantar anak anda ke sekolah mana sekalipun..

Saya & En.Uddin banyak gak survey tadika termasuk la Q-Dees, CIC, Genius Aulad, Montessori & macam2 lagi la panjang entry nak senaraikan...

So kitorang fikir yg paling dekat dengan rumah dan paling berpatutan tetapi maksimum benefit.

Memang banyak faktor yang kena diambil kira, kalau kita hantar tadika lain yang berbayar pun mesti kita nak yang terbaik kan?

Perkara penting kita kena ambil kira tukang masak n guru tadika, macam kat tadika Shawqi ni pembantu/ tukang masak indon ada 2 orang, guru melayu sorang, yang lain cina. Kalau takut n was2 anda bekalkan makanan dari rumah...

Selain Shawqi ada beberapa orang budak melayu je kat tadika tu...Tapi sebab diorang 1/2 day je so Shawqi x berapa rapat...

Setelah 3 bulan kat sekolah tu (Shawqi join dince Dec 2014), saya dapati banyak perubahan kat Shawqi, perubahan yang baik yang saya rasa drastik.

- Sejak January 2015 Shawqi minum susu kat cawan bukan lagi guna botol susu.

- Shawqi dah pandai pegi toilet sendiri dan tak perlu pakai diaper kalau tidur waktu siang

- Dah boleh bertutur bahasa Inggeris n cina mungkin sebab kawan-kawan dia semua cakap engligh
   atau cina sahaja compare dengan tadika lama dia, walaupun english method tapi budak2 sana cakap    melayu sahaja.

- walaupun saya kat rumah tak cakap english 100% bila Shawqi try to speak in english to us we feel
   so happy & impressed....of course lah kan...

- dari segi pembelajaran pun ok sebab Shawqi baru je genap 4 tahun 3 bulan so tak boleh nak push
  dia...setakat boleh kenal abc capital letters anda small letters....numbering samapai 1-100...n yang
  paling sebak, dia boleh tulis nama dia sendiri...

- kat rumah kitorg tak push dia sangat sebab kat school memang dah banyak keje dia buat...masa
  survey dulu dah nampak dah berapa banyak buku keja dia..

setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan...tata

Suam-suam kuku

Assalamualaikum..

Begitulah saya dan blog diibaratkan...dah tak berapa aktif..

Banyak aktif dengan anak-anak dan kerja rumah...

Terasa rindu nak berblog macam dulu...

InsyaAllah jika ada kesempatan akan wat post lagi...

Tapi saya masih blog hoping everyday...