Sila klik ye...thanks

Showing posts with label Shawqi. Show all posts
Showing posts with label Shawqi. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Pengalaman Hantar Anak ke Sekolah Cina 3

Setelah hampir 3 bulan sesi persekolahan tahun 2017 bermula, saya baru nak buat entry...orang lain dah sampai ke mana ntah kan...bukan apa, sejak ada 3 budak kesayangan ni masa makin mencemburui saya...banyak masa untuk diorang n bapaknya saja...hehe

Mesti ramai yang nak tahu kan, apa yang berlaku setelah anak saya masuk Darjah 1...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, baik kelas ataupun parents whatsapp group..sama je busynya...Untuk pengetahuan anda semua sekolah ni sangat menitik beratkan campur tangan parents terhadap pembelajaran anak2...dorang nak parents pastikan segala arahan yang diberikan oleh guru, dilakukan oleh murid...seperti homework, message book, aktiviti..

Sekolah ni sampai ada 'message book' & "homework message book". Saya dengar pasal message book masa Shawqi tadika, so takde pelik sangat...tapi 'homework message book" memang rare. Rupanya 'homework message book' adalah untuk nyataka subject n page homework murid2. kat dalam buku dah siap2 print semua subject, murid cuma tick subject yang berkenaan & tulis no. page dari mana sampai mana.

Banyak lagi sebenarnya tapi setakat itu pun dah rasa pening. Pagi Shawqi Sekolah Rendah Agama seawal 7.45am, mula2 dia mcm monyok je, rehat pun sorang2 je, yela seblum ni kawan semua cakap English atau Cina...sekolah agama semua cakap melayu, dah tu budak2 ni ramai yang sama tadika so dah ada geng...maka monyok la Shawqi di tepi tingkap..

Kitorang gi pantau jugak hari pertama & kedua tu, nak tengok camana dia beli makanan walaupun dah bagi bekal...sekaliboleh pulak dia x sedar kitorang kat kantin tu...bukannye ramai orang pun...adoi..so kitorang assume dia dah boleh bawak diri hehe...dari segi pembelajaran, diadah boleh baca tulisan jawi,bahasa arab pun dah makin banyak dia tau..memang letih la kan sebabdari pagi ke petang sekolah...tapi kami pasti ini semua akan membantu dia di kemudian hari..

Berbalik ke sekolah cina, kamisetiap hari akan pesanjangan beli makanan seperti nasi, mee, nugget tu semua, Shawqi cuma boleh beli air kotak atau roti / muffin gardenia tu yang ada jual kat kantin...biasa la kan budak2 ni, walau dh bagi bekal pun dia nak beli jugabila nampak kawan dia beli.

Untuk memantapkan lg penguasaan bahasa mandarin & melancarkan tugasan sekolah aka homework En.Uddin dah carikan guru khas dari tanah besar China untuk Shawqi..haha..ok ni gurau ye..tapi cikgu tuition dia memangasal China n kahwin dengan cina tempatan. Tapi memang dia akan cakap mandarin je, english cuma cakap dengan parent,bahasa melayu memang tak cakap langsung...

Selain itu banyak yuran sampingan perlu dibayar di sekoalah cina ye...tapi as a parents kami sangat berpuas hati dengan service yang diberikan...keselamatan murid paling utama...setiap hari tidak kurang5 orang guru akan tunggu depan gate bersama murid untuk tunggu parents ambil. muridtidak dibenarkan keluar sendiri dari pagar sekolah...memang crowded la kan time balik sekolah tapi pandai2 la budget masa...selalunya saya datang setelah loceng 10min...time tu dah reda skit la...

Lagi satu, apa yang saya nampak, sekolah cina ni banyak latihan, buku latihan tambahan jangan cakap la memang banyak...tapi dorang pandai buat buku/ majalah komik supaya murid rajin nak buat latihan dalam buku/ majalah tu..& tak semestinya ada banyak homework...kalau anak anda pandai manfaatkan masa terluang kat sekolah, dia boleh habiskan latihan/ tugasan yang sepatutnya jadi homework tu...

Diharapkan parents yang berhajat nak hantar anak ke sekolah cina tu kene bersediadari pelbagai segi...jangan lupa ye terapkan atau implement Islam pada anak kita..tak kisah la dia sekolah mana kalau kita xtegaskan soal agama memang nanti akan dibuat sambil lewa...wallahualam

Friday, April 22, 2016

Pendaftaran Darjah 1 - 2017

Assalamualaikum semua....

Masih ada yang belum daftarkan anak ke darjah 1 2017?

Mungkin dah register tahun lepas tapi tahun ni gov ada sistem yang baru...

Kalau anda tak pasti atau nak edit maklumat terkini boleh log in d sistem baru ni ye...

https://public.moe.gov.my/

Macam saya punya pengalaman, istem baru ni masih ada simpan maklumat yang telah diisi pada sistem ahun lepas (jika ada)

So kene edit je la mana yg patut...

Bagi saya n En.Uddin urusan pendaftaran anak dah settle, sekolah kebangsaan n juga sekolah agama...rasa lega sebab takut x dapat tempat kalau register lambat...

Thursday, April 2, 2015

Pendaftaran Darjah 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016/2017

Assalamualaikum...

Anda ada anak atau sedara mara atau anak kawan2 atau sesapa yang akan masuk darjah 1 pada tahun 2016 atau 2017? Ha dah daftar ke belum?

Sebenarnye pendaftaran dah dibuka sejak bulan lepas...

Saya pun terlepas pandang, nasib baik dah register semalam...

Kepada anda yang ingin mendaftar boleh la klik link ini http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Pendaftaran ini khas untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2009/2010

Sistem ni bagi saya user friendly dan mudah untuk diisi oleh sesiapa sahaja tidak semestinya mak bapak kanak-kanak tu...

Maknanya kita boleh bantu sesiapa yang tak berapa pandai guna komputer terutama sistem online ni..

Setelah mendaftar, anda perlu bawa salinan sijil nikah, salinan IC kita as a parents, sijil lahir anak.
Dah cukup semua tu masukkan ke dalam sampul surat berlamat sendiri dengan stem.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pihak sekolah memberi jawapan kepada permohonan anak kita tadi. By the way salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau orang yang berkenaan.

Macam kes saya, saya tak perlu buat pengesahan sebab boleh buat di sekolah yang dipohon.

Kat bawah tu ada print screen yg kita perlu print untuk rujukan parents...








* Ada kawan yang beritahu kena bawa salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan, saya rasa itu terpulang kepada sekolah yang dipohon...

Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Assalamualaikum...


Dah penghujung Mac 2015 barulah aku terhegeh2 nak buat entry....

Kali ni saya nak kongsi pengalaman hantar anak ke tadika cina...

Saya sebenarnya dah lama sangat berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina since saya cuma bersekolah biasa sahaja...

Kebanyakan sepupu sebelah bapa saya bersekolah cina dan boleh berbahasa cina...sejak itu saya
berhasrat nak hantar anak ke sekolah cina

Sebenarnya kalau kita dengar cakap orang memang banyak sangat pendapat berbeza dan dalam situasi saya ramai yang kata " hah sekolah cina? dah takde sekolah lain ke?"..

Ok fine...so terpulang pada anda la nak hantar anak anda ke sekolah mana sekalipun..

Saya & En.Uddin banyak gak survey tadika termasuk la Q-Dees, CIC, Genius Aulad, Montessori & macam2 lagi la panjang entry nak senaraikan...

So kitorang fikir yg paling dekat dengan rumah dan paling berpatutan tetapi maksimum benefit.

Memang banyak faktor yang kena diambil kira, kalau kita hantar tadika lain yang berbayar pun mesti kita nak yang terbaik kan?

Perkara penting kita kena ambil kira tukang masak n guru tadika, macam kat tadika Shawqi ni pembantu/ tukang masak indon ada 2 orang, guru melayu sorang, yang lain cina. Kalau takut n was2 anda bekalkan makanan dari rumah...

Selain Shawqi ada beberapa orang budak melayu je kat tadika tu...Tapi sebab diorang 1/2 day je so Shawqi x berapa rapat...

Setelah 3 bulan kat sekolah tu (Shawqi join dince Dec 2014), saya dapati banyak perubahan kat Shawqi, perubahan yang baik yang saya rasa drastik.

- Sejak January 2015 Shawqi minum susu kat cawan bukan lagi guna botol susu.

- Shawqi dah pandai pegi toilet sendiri dan tak perlu pakai diaper kalau tidur waktu siang

- Dah boleh bertutur bahasa Inggeris n cina mungkin sebab kawan-kawan dia semua cakap engligh
   atau cina sahaja compare dengan tadika lama dia, walaupun english method tapi budak2 sana cakap    melayu sahaja.

- walaupun saya kat rumah tak cakap english 100% bila Shawqi try to speak in english to us we feel
   so happy & impressed....of course lah kan...

- dari segi pembelajaran pun ok sebab Shawqi baru je genap 4 tahun 3 bulan so tak boleh nak push
  dia...setakat boleh kenal abc capital letters anda small letters....numbering samapai 1-100...n yang
  paling sebak, dia boleh tulis nama dia sendiri...

- kat rumah kitorg tak push dia sangat sebab kat school memang dah banyak keje dia buat...masa
  survey dulu dah nampak dah berapa banyak buku keja dia..

setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan...tata

Saturday, May 31, 2014

Burung Gagak Dua

Sejak balik dari petting zoo isnin lepas, Shawqi asyik la nyanyi lagu2 mengenai haiwan, serangga, ikan dan macam2 la yang berkaitan....aku layankan je la...tapiiii kalau aku nyanyi salah abis...mesti kena sound "mommy ni, bukan camtu....camni....bla bla bla....", lepas dah nyanyi lagu yang betul dia akan cakap..."ha camtu la"...kadang saja je nyanyi salah2 sebab nak tengok dia marah...

Klau aku tanya,
mommy : Abang marah mommy ke?
Shawqi  : Yeee...(amboi siap muncung ok)
mommy : kenapa abang marah mommy?
Shawqi  : sebab abang geram....

Ok jawapan dia memang x bleh tahan ok...tergelak aku...mesti dia bengang sebab aku x dpat hafal lagu macam dia atau teacher dia....adoi la...

semalam, nyanyi lagu burung gagak dua....terus aku pandang dia...lagu apakah itu? terus aku betulkan, bukan la...burung kakak tua...Shawqi ulang nyanyi semula...aku pun cakap la, burung gagak tu kaler itam yang banyak kat tong sampah biasanya...burung kakak tua tu parrot yang macam kita pegang kat penang tu (ada begambar dengan parrot aku x sempat upload pic)

dah aku nak cerita tu je...demam n flu...tapi tetap nak berjalan jugak hehe...

ok bye

Thursday, May 15, 2014

Cokodok je...boleh?

Wei...blog sapa la yang berhabuk ni wei...tiba2 aku teringat pulak Shawqi cakap kat aku hari tu...

"Wei...hari ni takde upin ipin la wei"...penuh confident dia cakap...

Aku apa lagi, "eh, apa wei...wei ni? Shawqi kene panggil mummy bukan wei"...dia sengih2 je tengok aku...tu mesti dia dah tersasul ingat dia cakap dengan kawan dia la tu...

aku rasa semenjak tahun ni, aku makin bertambah sibuk sangat, dengan final year dengan tukar department, dengan sibuk wat keje rumah yang tak pandai abis...

Sibuk2 pun ku mesti pastikan Shawqi pegi school & hantar Adeeb pegi taska....biasa la kan kalau ada anak yang dah sekolah walau play school katanya mesti la banyak agenda.....

Setiap minggu ada je tema pembelajaran dia......so far aku boleh lagi la provide apa yg teacher2 dia mintak...tapi yang aku pening bila time budak2 sambut birthday kat tadika tu....mak oi segala jenis jajan dia bawak balik kat rumah ni...maka kena la aku cepat mengalihkan pandangan dia dari makan semua jajan tu...kalau setakat jelly, air kotak aku ok lagi la tapi kalau dah sampai twisties 2 3 peket memang aku pening...yelah kan tak elok untuk kanak2...anak aku pulak jenis selagi ada benda tu nak makan abis...maklum la kat rumah jajan camtu takde...

Dah esok adalah Hari Guru...so aku baca message book Shawqi malam tadi berbunyi begini "your child are encourage to bring any food tomorrow since we are celebrating teacher's day...OOO...alahamdulillah memang dah niat nak bagi something esok tapi aku plan bagi cupcake je...

Aku tanye la pendapat en.Uddin since dia pun tau pasal tu man ala tau kan ada idea lain...dengan selamba dia berkata " cokodok pun boleh..." nak T.T aku dengar...time aku sekolah dulu pun takde orang bawak jajan untuk hari guru, ini kan pulak cokodok...

Bukan apa, kita mampu kan jangan la sampai camtu...kesian la anak aku tu, haha tapi aku yang terlebih kot...pagi tadi Shawqi bawak cokodok g school ok je...siap nak bagi teacher dia kata... ;D

Friday, December 13, 2013

Misi Mencari Kindergarden

Salam...

Banyak betul stody nak dijadikan entry tapi kekurangan masa...Ini pun aku baru baik demam...hari rabu public holiday Selangor tapi tak dapat bangun, demam sakit seluruh badan...letih sangat agakmya masa kenduri kawena dik aku hari tu...

Ha ni macam nak lari tajuk la pulak...aku dari petengahan tahun lagi dah sibuk cari tadika untuk Shawqi...tak kira segala macam tadika aku survey...wat masa sekarang dia join playschool je...takde exam atau penekanan pada pelajaran la...So aku plan nak hantar ke tadika yang ada ajar mandarin...Bila bagitau en.Uddin dia macam endah tak endah je sebab katanya Shawqi kecik lagi nak sekolah ape...

Ada pulak yang kata kalau awal sangat sekolah nanti bosan..emm...tapi lain peringkat umur lain la pembelajarannya, rasanya masih ramai yang x tau pasal ni termasuk en.Uddin tu....Setelah malas bertekak aku pun terus je la register Shawqi kat playschcool yang sekarang ni kat Tadika Krista...at least terus skali dengan Day Care...aku x payah fikir pening kepala pasal transport dia...

Satu hari tu aku beli sarapan kat simpang keluar taska Shawqi, sekali tu sembang2 dengan akak tu, baru la tau anak2 dia sekolah cina semuanya....dan dia provided makanan kat tadika 3Q yang berjiran kat taska Shawqi...& dia kata tukang masak tadika tu pun melayu bukan indon ye...dan sah2 islam...alhamdulillah...akak tu provide makanan bila tukang masak cuti atau mc kot camtu la...& dia cerita pasal anak2 dia kat sekolah rendah HM tu pun ada khemah ibadat solat hajat sama mcm sekolah kebangsaan biasa...so aku pun bersemangat semula hehe...

akak tu kata gak, ada tuition mandarin, sebab anak dia ada yang darjah 2 baru sekolah cina tapi dia kata mmg kene struggle...at least akak  ni bagi semangat kat aku la untuk hantar anak ke sekolah cina....bukan apa, untuk masa depan diorang terutama di alam pekerjaan...di samping tu kan ke mudah untuk kehidupan seharian jugak...macam aku ni masa keje kat popular book store tu faham n boleh cakap skit, dah berenti dah jarang becakap terus banyak dah lupa...

Then balik Sandakan hari tu aku bersembang dengan jiran aku, kak elly...husband dia keje kawalan trafik udara airport, dia keje jpj....dorang orang Johor tapi ditukarkan ke Sabah masa mula2 kawen...anak dia dah umur 5 tahun tua setahun la dari Shawqi...dia kata nak masukkan tadika cina susah sangat kat Sandakan...aku x pasti sangat sebab apa, tapi anak cousin aku n cousin aku majoriti memang tadika n skolah cina...ramai yang boleh cakap cina...tapi ada gak yg hilang sebab kurang bercakap cuma faham la...

So aku pun cakap la kat en.Uddin, kita ni kalau ada peluang hantar anak ke tadika cina, kita hantar la...orang lain yang nak sangat tapi x berpeluang macam anak jiran tu, nak tolong bukan dok dekat kita...So dia macam faham n terangguk2...so kita tengok la camana ye...sekarang pun aku ada ajar skit2 mana yang tau la, tapi bukan mandarin, kantonis hehe...mana yg aku tau mandarin aku cakap kalau tak campor la kantonis...hehe...tapi kalau tiba2 en.Uddin tak nak hantar ke tadika cina takpe, kita ada plan b, maka kita akan hantar Shawqi pegi tuition mandarin....sekian..

Monday, November 11, 2013

Salam Awal Muharam


Time ni baru balik dari Klang rumah anak buah en.Uddin, abang en.Uddin baru balik dari haji...so MIL aku pun ada kat sana wat pulut kuning...so ke sana la kita....baju aku tu peplum labuh sedap pakai tak panas...beli kat D'Zara...masa turun dari kereta tak perasan pulak terhimpit sampai singkat camtu huhu

Actually baru lepas ujan ni, tapi en.Udin ajak kuar jugak...suka gambar camni nampak aku rendah sangat...T_T...Shawqi sekarang dah tak payah ajar, dia yang akan cakap "Mummy senyum"...dia pun dah pandai posing...hand phone aku dengan en.Uddin penuh gambar yang dia snap...sampai gambar kaki pun ada...aduhai anak...

Hari ni Shawqi genap 2 tahun 11 bulan...cepat betul masa berlalu...dalam usia camni, Shawqi dah kenal huruf, hasil g playschool, hasil en.Uddin yang rajin ajar kenal huruf, nombor kat samsung note, aku pun suka gak teman dia baca buku abc bergambar...bila Adeeb ikut tunjuk2 kat note mula la jadi bahan gaduh...tapi aku suka je sebab memang camtu la kan ragam budak2..lepas tu aku suka main2 dengan Shawqi camni, macam kucing tu dia kenal as a cat so aku cakap "eh kat sana ada kucing la"...then Shawqi akan jerit itu cat la bukan kucing...

Lepas tu dia akan marah aku bila aku larang Adeeb main barang bukan mainan macam hari tu Adeeb jumpa whisk kat dalam laci cabinet dapur.so aku takut dia ketuk kat tv & aku try nak amik dari tangan dia...tiba-tiba aku kene sergah"Jangan la kacau Adeebbbb! meh sini Adeeb main kat sini"...aku dah macam, eeeh apa nih? Terus aku cakap "Shawqi tak boleh marah mommy kene cakap elok2 tau"..."minta maaf mommy"...terus cair hati aku T_T...bila fikir balik, aku rasa dari segi protection pada Adeeb,Shawqi ada ciri2 abang yang boleh jaga adik la....


*ramai orang tanya aku, "ko tak nak 'cari' baby girl ke?"...ada ke baby girl itu boleh dicari di pasaraya dan dijadikan hak aku? soalan apa ni? (*o*)

Tuesday, January 10, 2012

Ada Apa Dengan Shawqi?

Sebelum cuti krismas hari tu aku dah plan macam2 dah sebab kitorang nak gi kenduri kawen anak sedara en.Uddin kat utara nun...mula-mula en.uddin macammain tarik tali, akhirnya pegi la jugak 24Dec tu dengan packing baju dipagi subuh yang hening...

Dalam pada bercuti2 tu aku runsing memikirkan 30Dec babysitter Shawqi x bleh jaga sebab nak hantar anak g orientasi darjah 1...rasa nak nanges sebab cuti dah xbleh amik lagi...sekalinya en.Uddin tersayang cuti panjang...company US kan cuti panjang time Krismas so kilang dia pun shut down....terasa gumbira hati ini...;p

So lepas balik cuti krismas aku dah tenang dah sebabnya dah ada 'babysitter' untuk jaga Shawqi 30Dec tu...tapiii tak aci tau sebab en.Uddin amik mak dia dari umah adik dia.so aku budget mesti sebab Jumaat tu dia risau tak dapat jaga Shawqi sehari suntuk.yela kan dia gabra kalau Shawqi nanges sedangkan budak tu nanges time lapar sangat je...kalau tak dia takkan apa2 pun...

So aku dengan rasa bersemangat melangkahkan kaki pegi keja...time keje aku terfikir la jugak 'tanye2 khabar' anak aku kat umah tu. En.Uddin kata okkk....Shawqi ok je...jawapannye watkan aku lega....& aku teruskan keje sampai ke petang...tiba-tiba sampai di rumah aku hampir x mengenali anakku itu....sebabnye....

v


v


v


v


v


v



v



v



v
dah jadi camni rupanye....aduhai anak....mommy tak pernah biarkan Shawqi comot camni....


takpela shawqi suke je comot camni :p

*gambar adalah dicilok dari fb en.Uddin....aku pun x tau bila dia upload tapi yang pastinya time aku balik umah tidak ler seteruk ini kot... ;p

Friday, November 4, 2011

Owh Shawqi...

Doktor mengesahkan dia ada tonsil...tonsil dia besar n bengkak...aduhai anak...sedih aku dengar...doktor kata tengok dulu perkembangan dia semakin dia membesar, kalau makin teruk ada kebarangkalian untuk di operate...tapi tunggu dia besar skit dalam umur 5 6 tahun camtu...

dah 2 hari dia x nak makan...minum susu je...makan skit nangis, ye la susah nak telan kan...aku suakan buah lai, dia makan...maybe sebab banyak air kan so tekak dia bleh terima la...bubur cair tak nak makan, bubur keras skit pun x nak makan, sup2 pun xnak...abes la turun berat badan dia...


time dia masuk hospital columbia, bulan puasa hari tu...drip kat kaki sebab x jumpa urat kat tangan comel dia...sian tau banyak cucuk sana sini...but not suggested this hospital...aku lebih prefer hospital Sunway...tapi time tu fikir Columbia ni agak dekat dengan umah kitorang pun pegi je la...en.Uddin siap bawakkan bantal bucuk Shawqi supaya dia selesa...*terharumaknak...

dah ler bulan depan ada sesi penimbangan kat klinik...mesti nurse bising...mudah2an Shawqi cepat baik....nak bagi ubat kat dia abes kitorang kene berkuntau dulu...belum sempat sua ke mulut dia, dia dah tau aku nak bagi makan ubat...dia geleng2 pala & sembam muka ke tilam...aduhai anak...

dah beberapa hari badan dia panas je...kitorang mandikan, sejuk la skit...aku dah x sanggup nak g hospital....nak tengok dia masuk itu masuk ini, cucuk sana sini...kalau keadaan masih terkawal, aku sanggup bersengkang mata jaga dia kat umah daripada kat hospital...

cepat la kul 5 nak balik ni.... :(








* sekali boss bagi balik half day sebab office shut down half day hari ni...nak bagi laluan kat student & staff untuk preparation prom nite malam ni...aku x pegi, anak x sihat lagipun x sampai hati nak tinggalkan dia kat pengasuh sampai tengah2 malam...

Wednesday, July 13, 2011

11 July 2011 - Genap 7 bulan

merangkak laju2 nak capai remote astro...suka sangat agaknya sebab colorful...



Kusyuk tengok upin & ipin...

Alhamdulillah...Shawqi dah pandai merangkak laju2 & dah pandai duduk dengan sendiri, tangan dah kuat...yang sangat membuatkan kami teruja ialah dia dah start berpaut pada dinding playpen, nak berdiri...Shawqi, mommy & walid sayang Shawqi...

Wednesday, June 29, 2011

Shawqi sakit - entry tertunggak



Genap umurnya 5 bulan (11May), Shawqi demam + flu...& genap seminggu bertukar pengasuh...apa yang doctor cakap, virus fever...aku x nak tengok time dia kene amik darah & kene drip sebab aku x sampai hati...lagipun time tu dia kecik jer...

aku nangis teresak2 sampai doctor suruh aku jauh sikit dari Shawqi...& bapanya nye amik alih tempat aku,pun dia x sampai hati tengok keadaan shawqi yang meronta2 tu...itupun x jadi drip sebab xleh jumpe urat katanya...so xnak paksa2 lagi...en.uddin pun tanye doctor if x payah drip..dorg tunggu esoknye kalau panas melampau baru kene masuk drip...alhamdulillah x kena drip...member aku cakap klu gomen spital, diorang paksa gak masuk drip...procedure...

aku berumah 2 hari kat spital...tapi xde la bosan sebab awal pagi en.uddin dah datang jenguk kitorang...tengah malam baru dia balik umah...nurse & doctor kat situ kata Shawqi ni x macam baby2 kat ward lain, demam flu tapi aktif & cergas semacam...hehe...




Video ni en.uddin rakam sebab tengok Shawqi aktif sangat, menandakan dia sihat & boleh ler balik umah...video ni gak menyebabkan bapa aku sebak bila tengok kat FB...biasa la kan orang2 tua ni lebih sayang cucu dari anak...;p

Wednesday, June 22, 2011

Me & my son


Entry beberapa bulan lepas...time ni nak g kenduri lenggang perut anak buah en.uddin...

time ni dia behave je dok dalam keta...sekarang....hah dia nak merangkak & bergerak sana sini boleh? kaki dia siap tendang2 peha en.uddin...x pun dia cuba nak merangkak ke arah en.uddin bila aku cuba tiarapkan dia...adoi...pening aku...tapi rasa kelakar + seronok dia cuba macam2 cara tak nak stay setempat...

Thursday, April 28, 2011

Serba salah

Semalam g umah pengasuh baru Sahawqi...

Akak tu akan jaga Shawqi start bulan depan...

Masalahnye aku serba salah nak cakap kat pengasuh lama...

Tapi aku cari pengasuh baru sebab pengasuh lama x bleh jaga hari Sabtu, aku keje sampai hari sabtu...xde cuti kecuali cuti umum...

Makcik pengasuh lama lak kata, dia x dapat jaga Shaqi hari Sabtu sebab dia nak jaga cucu..

Camne la nak cakap ni...memang la nampak diorang sayang sangat n manjakan Shawqi tu tapi aku kene buat sesuatu gak...

Wednesday, April 20, 2011

Runsing...Bingung

Pepagi hantar Shawqi sedikit awal...

Sian dia...tengah tido, bila aku tukar pampers dia terjaga...

Masa hantar dia g baby sitter (BS), aku dapat berita yang mengejutkan..sangat3...

"Kita x dapat jaga hari sabtu, sebab Sabtu Ahad kita nak jaga cucu"....gitu la ayat suami BS aku yang masih terngiang-ngiang di telinga...Seakan-akan dihempap batu dada ini bila mendengar penyataan itu....waaaa....T_T

X boleh nak marah pakcik makcik BS tu sebab diorang tunggu bertahun2 baru dapat cucu...so mestilah excited sangat2....heih....sabar...sabar....

Sampai ofis, aku dah x leh focus wat keje...call en.uddin confirm dia x jawab sebab dia baru balik keje shift malam...aku cuba mencari kekuatan(macam berat sangat la masalah aku)....

Then sms en.uddin dekat2 kul 11 camtu...nasib baik dia reply...setelah berbalas-balas sms secukup rasa....akhirnya kata putus pun aku buat...

Sementara belum dapat BS untuk hari sabtu, en.uddin akan jaga Shawqi...kalau tedesak sangat, aku akan jaga either bawak g ofis atau leave....no choice even I dont like it at all...mesti Shawqi letih bila dibawa ke ofis...

Tuesday, April 19, 2011

Check Up 4 months


Dalam keadaan hujan renyai semalam, kitorang gagah jugak g klinik...

Semalam xde inject cuma timbang berat n panjang je...

Berat 5.5kg...panjang 62cm...

Semoga Shawqi cepat besar n sihat sentiasa....Mummy sayang Shawqi...